28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tuduhan Takiyuddin cemar imej APMM, perlu diheret ke jawatankuasa khas’

    Shopee Sale

    Beberapa ahli parlimen kerajaan menggesa supaya Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan dakwaan kononnya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan “latihan dan serangan” ke atas Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

    Pada sidang media di Parlimen hari ini, Suhaizan Kayat (PH-Pulai) menyifatkan kenyataan Takiyuddin itu sebagai “amat membimbangkan” kerana berisiko mencemarkan imej pasukan keselamatan negara.

    “Kenyataannya mengandungi implikasi yang sangat serius yang seolah-olah mengaitkan APMM melakukan serangan kepada masjid dan juga mengakibatkan kecelakaan dan bertindak dengan melampau di dalam masjid tanpa sebarang asas atau bukti kukuh.

    “Ini juga akan menggangu-gugat keharmonian dan kesejahteraan negara.

    “Sebab itu saya mencadangkan agar perkara ini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk siasatan lanjut selaras dengan Peraturan 36 (12), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.

    Peraturan tersebut membolehkan mana-mana ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan bersifat mengelirukan, hasutan atau boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan yang dianggap menghina Dewan Rakyat dan dirujuk ke jawatankuasa berkenaan.

    Minggu lalu, ketua whip Perikatan Nasional itu mendakwa APMM telah mengadakan satu latihan di masjid berkenaan — satu tindakan yang disamakan dengan insiden Memali 1985, tragedi yang berlaku selepas polis cuba menahan pemimpin PAS, Ibrahim Mahmood serta pengikutnya.

    Dalam kenyataan di Dewan Rakyat, Takiyuddin mendakwa sekumpulan 10 hingga 15 individu menaiki lima kenderaan memasuki Masjid Rusila tanpa kebenaran, yang didakwa menimbulkan ketakutan dalam kalangan jemaah.

    MENARIK:  Nahas FRU: Pemandu lori diikat jamin - Polis

    Bagaimanapun, Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Rosli Abdullah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa anggotanya hanya singgah di masjid itu untuk menunaikan solat sebelum menjalankan tugasan rasmi.

    Pada sidang media sama, Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) berkata pemimpin PAS sengaja memutarbelitkan kejadian itu kerana “kehabisan isu” untuk dijadikan bahan sensasi.

    Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat)

    “Kalau mahu kritik, kritiklah kerajaan atau kami ahli Parlimen. Hakikatnya, PN hanya mahu menutup masalah dalaman dan perpecahan yang semakin ketara dalam gabungan mereka,” katanya.

    Sany turut mengecam kenyataan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim yang mempersoalkan sama ada latihan APMM itu merupakan satu rancangan yang mensasarkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, yang berada di masjid berkenaan ketika kejadian.

    “Kenyataan Pendang itu sangat berbahaya dan menghina. Jadi saya mahu tanya — adakah dia berkata begitu kerana tidak bersetuju dengan Hadi Awang sebagai presiden? Adakah dia ada rancangan menukar kepimpinan PAS?” soalnya.

    “Kami wakil Amanah amat bersimpati dengan APMM kerana mereka telah difitnah oleh Ahli Parlimen Kota Bharu dan Pendang,” tambahnya.

    Minggu lalu, Rosli turut mengecam keras dakwaan Awang dan menyifatkan kenyataannya boleh menjejaskan reputasi serta moral pasukan keselamatan negara.

    Awang Hashim (PN-Pendang)

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail juga menafikan tuduhan bahawa APMM mengadakan simulasi serbuan di masjid tersebut dan menasihati semua pihak supaya tidak memutarbelitkan perkara itu.

    Masjid Rusila terletak bersebelahan rumah Abdul Hadi, dan dia sering menyampaikan kuliah serta ceramah di situ.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah