29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sim cadang SPRM pantau terus unit perolehan setiap kementerian

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Seorang ahli parlimen kerajaan mencadangkan agar Putrajaya menempatkan beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di unit perolehan kerajaan bagi membendung ketirisan dana dan kelewatan projek.

    Sim Tze Tzin (PH–Bayan Baru) mencadangkan langkah pembaharuan itu di Dewan Rakyat hari ini, dengan menegaskan bahawa kehadiran pegawai SPRM akan membolehkan pemantauan rapi terhadap proses perolehan dan tindakan segera diambil terhadap pihak yang menyeleweng.

    “Saya nak cadang pada kerajaan fokus pada bahagian perolehan, adalah masalah segalanya yang berlaku di sana, nak cadang kjaan letakkan pegawai SPRM dalam bahagian perolehan setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

    “Sekarang, pegawai SPRM dalam kementerian saja, bukan dalam bahagian perolehan,

    “Penting setiap bahagian perolehan bukan (ditempatkan hanya) satu pegawai SPRM, bukan dua, tapi letak beberapa dalam semua peringkat bahagian perolehan,” katanya ketika membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 2025 Siri 3.

    Sim juga mencadangkan agar pegawai berkenaan boleh ditugaskan secara rasmi atau secara sulit.

    Ahli Parlimen PKR itu turut menegur pengaruh kuat kontraktor yang disifatkannya sebagai “terlalu berkuasa”.

    “Dia boleh pau dari bawah sampai atas, dari spesifikasi, tulis spesifisifikasi ditulis orang lain dipau syarikat kontraktor,” katanya.

    Sim menegaskan kerajaan tidak boleh terus membazirkan jutaan atau berbilion ringgit untuk kontrak yang akhirnya menjadi projek sakit — dan akhirnya sengsara adalah anak-anak di sekolah dan keluarga anggota tentera.

    Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendedahkan sebanyak 157 projek kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 diklasifikasikan sebagai projek sakit setakat 31 Dis 2024.

    Kementerian Pendidikan merekodkan jumlah tertinggi dengan 46 projek, diikuti Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (34), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (12), serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (11).

    MENARIK:  Amanah Hang Tuah Jaya gesa PH sedia tanding solo PRN Melaka

    Empat projek dikenal pasti lewat lebih 20 peratus daripada jadual asal, dengan lanjutan masa antara dua hingga 10 kali — ada yang mencecah 785 hari.

    Menyentuh isu lain, Sim turut membangkitkan keputusan kerajaan terdahulu yang menganugerahkan kontrak pembekalan dan pengurusan kenderaan kerajaan secara terus kepada Spanco Sdn Bhd, sambil menyatakan rasa simpati terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang terpaksa “menanggung kesilapan lampau”.

    “Saya tak ingin nak cari masalah yang dulu-dulu, tapi kita kena pandang ke hadapan,” katanya ketika menjawab celahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda–Muar) yang mempersoalkan mengapa kerajaan kini belum membetulkan kesilapan terdahulu.

    Syed Saddiq merujuk kepada bagaimana kontrak itu pada awalnya diberikan kepada Cekap Urus Sdn Bhd, sebelum kerajaan Perikatan Nasional mengembalikan tender tersebut kepada Spanco dengan kenaikan harga yang ketara.

    Cekap Urus — usaha sama antara Berjaya Corporation Bhd, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd dan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim — mendakwa telah menerima surat hasrat untuk mengambil alih konsesi armada kenderaan kerajaan daripada Spanco pada 2019.

    Namun, pengasas Kumpulan Berjaya, Vincent Tan, mendakwa pada tahun berikutnya kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin membatalkan perjanjian itu dan mengembalikan tender kepada Spanco dengan tambahan bayaran sebanyak RM700 juta.

    Pada April tahun lalu, Pengerusi Spanco, Robert Tan, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdaya Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kontrak pembekalan, pembaikan, penyelenggaraan dan pengurusan armada kerajaan bernilai RM3.9 bilion.

    Dia didakwa menipu dengan mendakwa sekurang-kurangnya 30 peratus pemegang saham Spanco terdiri daripada bumiputera.


    Laporan oleh Qistina Nadia Dzulqarnain, Alyaa Alhadjri dan Haspaizi Zain

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah