27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Petik Konfusius, kumpulan Beng Hock tak sertai demo anti-Anwar

    Shopee Sale

    Keluarga Teoh Beng Hock tidak akan menghadiri protes "anti-Anwar" di Kuala Lumpur, Sabtu ini, meskipun mereka secara terbuka mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.  

    Ketika dihubungi Malaysiakini, adik perempuan Beng Hock, Lee Lan, mengesahkan dia tidak akan menyertai demonstrasi anjuran PAS dan Perikatan Nasional (PN) itu.  

    Lee Lan

    Ng Yap Hwa, pengerusi Persatuan Kemajuan Demokrasi Teoh Beng Hock (TBH-ADA) pula memetik kata-kata daripada kitab Kata-kata Konfusius untuk menjelaskan pendirian mereka.  

    "Mereka yang berbeza haluan tidak boleh merancang bersama,” katanya.

    "Kami tidak akan bersama dengan kekuatan politik yang mempunyai prinsip berbeza dan bermain politik perkauman.”  

    Ng menambah bahawa TBH-ADA sentiasa komited untuk membina masyarakat Malaysia yang bebas dari penyiksaan, menghormati hak asasi manusia, serta menegakkan demokrasi dan inklusiviti.  

    "Walaupun kami bertekad mencapai matlamat perjuangan kami, kami tidak akan menggunakan cara yang tidak beretika untuk mencapainya.  

    "Kami akan terus berjuang berdasarkan prinsip dan ideal," kata aktivis itu.  

    Ng Yap Hwa

    Pada 2009, Beng Hock, pembantu anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan ketika itu, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati selepas disoal siasat semalaman di pejabat SPRM Selangor yang ketika itu di Plaza Masalam, Shah Alam.  

    MENARIK:  Cubaan 279 warga asing menyelinap di KLIA dipatahkan AKPS

    Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pada 2011 menyimpulkan bahawa dia didorong untuk membunuh diri akibat soal siasat yang agresif. 

    Namun, pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kematiannya disebabkan atau dipercepat oleh tindakan tidak sepatutnya, termasuk oleh pegawai SPRM.  

    Pada 21 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan polis menyelesaikan siasatan kematian Beng Hock dalam tempoh enam bulan.  

    Namun, pada Mei lalu, Jabatan Peguam Negara mengklasifikasikan kes itu sebagai “tiada tindakan lanjut”.

    Keluarga Beng Hock mengkritik kerajaan, terutamanya Anwar dan DAP, kerana gagal menunaikan janji untuk memberikan keadilan kepada mereka.  

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah