29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PBB: Sistem makanan di Gaza lumpuh ketika kebuluran makin parah

    Shopee Sale

    Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) memberi amaran pada Isnin bahawa sistem makanan di Gaza telah lumpuh sepenuhnya ketika kebuluran semakin mencengkam wilayah yang dikepung itu.

    Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan agensi itu berkata sekatan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan menyebabkan kematian ramai orang awam yang sepatutnya dapat dielakkan.

    Menurut laman sesawang rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keluarga di Gaza terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan makanan, dengan kadar malnutrisi akut dalam kalangan kanak-kanak telah meningkat dua kali ganda, manakala bekalan susu formula bayi hampir kehabisan.

    MENARIK:  Tukar cuti hujung minggu tak hakis keislaman - DAP Johor

    Setiausaha Agung PBB António Guterres sekali lagi menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap bencana kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, sambil mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera dan berkekalan serta pembebasan semua tawanan tanpa syarat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah