27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nilaikan dari apa yang terzahir, bukan di fikiran – Mufti Perlis

    Shopee Sale

    Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin meminta umat Islam supaya menilai sesuatu logo produk atau perkhidmatan berdasarkan apa yang terzahir, bukan apa yang bermain di fikiran.

    Meskipun tidak menyebut mana-mana isu secara khusus, Mohd Asri dipercayai merujuk kepada dakwaan tapak kasut jenama Vern’s yang didakwa seakan-akan kalimah Allah baru-baru ini.

    Menurut Mohd Asri, kes serupa pernah berlaku di Perlis apabila logo sebuah hotel yang diberi nama All in, didakwa menyerupai kalimah Allah.

    "Di Perlis ada hotel diberi nama "All in". Maka, ada yang tidak berpuas hati kerana kononnya mereka nampak macam tulisan Allah. Apatah Lagi pemiliknya pula bukan-muslim.

    "Saya bertanya kepada yang membantah "dia tulis apa?, Jawab mereka: "All in". Tanya saya: "Jadi, apa masalahnya?". Jawab mereka: "Nampak macam tulisan Allah".

    "Saya kata: "Dia tak tulis Allah, hampa yang nampak macam Allah. Huruf pun jelas All in, bukan Allah," katanya dalam tulisan di Facebook, hari ini.

    Katanya, kes itu dirujuk kepadanya sebagai Mufti Negeri.

    Tambahnya, pemilik hotel itu juga bimbang kerana banyak barang telah dicetak menggunakan logo tersebut.

    "Kita nilai apa yang terzahir pada tulisan tu bukan apa yang bermain dalam fikiran.

    "Namun, jika kita dapati ada rencana untuk mempersendakan Umat Islam, barulah kita ambil tindakan yang sewajarnya. Jika tiada, jangan timbulkan masalah," katanya.

    Sebelum ini tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial mengenai seorang lelaki yang mendakwa kasut Vern’s dibeli untuk isterinya memaparkan logo seakan-akan kalimah Allah pada bahagian tapak kasut berkenaan.

    MENARIK:  Mahkamah AS arahkan Jho Low lucut hak berlian untuk ibu

    Vern's bagaimanapun menjelaskan bahawa logo berkenaan telah disalah tafsir.

    Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata logo tersebut tidak bertujuan menghina mana-mana agama atau kepercayaan, sebaliknya hanya rekaan grafik garisan tali yang bersambung dengan tapak kasut tumit tinggi.

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain sebelum ini berkata polis menerima lapan laporan di seluruh negara berkaitan isu itu dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah