29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerjasama PBS-Star runtuh, luka lama terguris kembali

    Shopee Sale

    Kerjasama antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) kini berantakan, sekali gus menyebabkan undi Kadazandusun Murut (KDM) kembali tidak menentu menjelang pilihan raya negeri Sabah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

    Undi KDM yang sekian lama berpecah dilihat mula berubah apabila PBS dan Star menandatangani MoU pada 18 April 2024 untuk tidak bertanding antara satu sama lain.

    Pemangku Presiden PBS, Joachim Gunsalam menegaskan bahawa partinya akan terus menghormati perjanjian itu — namun hanya jika Star berbuat demikian.

    “Persefahaman itu masih wujud dan masih mengikat. Kecuali kedua-dua parti bersetuju untuk membatalkannya, maka ia masih sah. Tetapi jika Star memilih untuk bertanding menentang kami di kawasan kami, maka ia dianggap terbatal,” katanya.

    MoU yang disaksikan oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor itu dianggap sebagai pencapaian penting dalam usaha menyatukan KDM selepas bertahun-tahun bergelut dengan pertelagahan dalaman.

    Kedua-dua parti ketika itu menggambarkan MoU tersebut sebagai komitmen untuk memperkukuh gabungan serta mengelakkan perpecahan undi penyokong mereka.

    Namun, selepas Presiden Star, Jeffrey Kitingan menarik keluar partinya daripada GRS dan mengumumkan akan bertanding secara bersendirian, persefahaman itu kini musnah sama sekali.

    Jeffrey yang pulang dari Kuala Lumpur kelihatan kecewa selepas lima wakil rakyatnya — Timbalan Presiden Ellron Angin (Sook) dan Robert Tawik (Bingkor), bersama Abidin Madingkir (Paginatan), Annuar Ayub (Liawan) dan Flovia Ng (Tulid) — memilih untuk kekal setia kepada GRS.

    Dia meningatkan keengganan PBS untuk berpakat dengan Star, ditambah pula dengan isu kepimpinan dalaman parti itu, hanya akan mengelirukan pengundi.

    “Jika PBS dan Star tidak bersatu, pengundi akan keliru dan undi KDM akan berpecah. Kami telah mengajak PBS untuk bertanding secara solo bersama kami. Tetapi jika mereka tidak mahu, itu keputusan mereka,” katanya.

    Bincang penggabungan

    Walaupun berlaku pertentangan, kedua-dua pemimpin masih belum menolak kemungkinan penggabungan antara PBS dan Star yang sudah lama dibincangkan.

    Joachim berkata perkara itu “belum diketepikan”, namun mengakui ia kini terhenti buat sementara waktu.

    “Persefahaman itu masih ada. Kami belum menyerah. Tapi buat masa ini, ia seolah-olah terhenti,” katanya.

    MENARIK:  Wan Fayhsal digantung 6 bulan, PN baca Qunut Nazilah

    Jeffrey yang menyuarakan nada yang sama menyatakan bahawa idea tersebut boleh dibicang semula selepas PBS memperkukuhkan kepimpinannya.

    “Jika PBS dapat selesaikan isu kepimpinan mereka selepas pengundian parti, maka kita boleh duduk berbincang semula,” katanya — merujuk kepada kedudukan Joachim sebagai pemangku presiden.

    PBS telah memutuskan untuk hanya mengadakan pengundian parti selepas pilihan raya negeri Sabah, yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

    Punca perpecahan

    Perpecahan ini sebenarnya berpunca daripada isu lama. Dalam pilihan raya negeri 2020, GRS masih merupakan gabungan longgar.

    Ketika itu, Star berada dalam PN, manakala PBS hanya “mesra PN” tanpa menjadi ahli rasmi. Pengaruh Star meningkat kerana ia bersekutu dengan parti Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin.

    Namun, pada hari penamaan calon, kerjasama itu runtuh apabila PBS mengejutkan sekutunya dengan meletakkan lebih banyak calon daripada dijangka, sehingga berlaku pertembungan di banyak kawasan di Sabah. Akhirnya, parti-parti dalam GRS bertembung di 17 kerusi.

    PBS dan Star saling berdepan di kerusi utama KDM seperti Tambunan, Bingkor, Paginatan, Liawan, Sook dan Tulid. Akibatnya, berlaku kekacauan pilihan raya apabila kedua-dua pihak berebut pangkalan pengundi yang sama.

    Pemimpin PBS mempertahankan tindakan itu dengan alasan parti perlu mengukuhkan semula identitinya selepas 16 tahun berada dalam BN. Dalam pilihan raya negeri Sabah 2020, PBS bertanding di 22 kerusi dan memenangi 7 kerusi, manakala Star bertanding di 8 kerusi dan menang 6.

    Namun, pertembungan tersebut meninggalkan luka politik yang mendalam bagi kedua-dua parti. MoU pada April 2024 bertujuan mengelakkan kejadian memalukan itu daripada berulang, dan menjadi perjanjian rasmi pertama antara kedua-duanya untuk tidak bertanding sesama sendiri.

    Bagaimanapun, parti-parti KDM jarang berjaya menguasai majoriti kerusi secara bersendirian — namun sering muncul sebagai penentu utama (kingmaker) dalam pakatan politik yang sentiasa berubah di Sabah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah