31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami bukan bodoh’: Warisan tuntut siasat skandal besi buruk

    Shopee Sale

    Parti Warisan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan skandal monopoli industri besi buruk yang dikaitkan dengan pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Joachim Gunsalam.

    “Penyalahgunaan kuasa dan cubaan memonopoli sumber negeri tidak boleh dibiarkan, terutamanya oleh mereka yang memegang jawatan tertinggi. Rakyat Sabah berhak mendapat pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat, bukan yang menyalahgunakan kedudukan demi kuasa dan keuntungan,” kata Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Sarifuddin Hata.

    Adun Merotai itu berkata, jika benar Joachim cuba memonopoli perniagaan besi buruk, ia merupakan penyalahgunaan kuasa yang jelas.

    “Ini perkara asas, bukan sains roket — monopoli adalah racun kepada mana-mana ekonomi. Undang-undang antarabangsa pun melarangnya. Mana-mana menteri industri yang benar-benar memahami tanggungjawabnya sepatutnya tahu bahawa amalan monopoli menghapuaskan persaingan, menindas golongan miskin, dan menyekat pertumbuhan ekonomi.

    “Hakikat bahawa Joachim sanggup mempertimbangkan cadangan sebegitu ‘secara prinsip’ menimbulkan persoalan besar terhadap pertimbangan dan integritinya.

    “Atas dasar apa dia memberi kelulusan itu? Berdasarkan prinsip apa? Adakah sebarang kajian atau data dibuat untuk menyokong langkah tersebut? Adakah perundingan telus dijalankan dengan pihak berkepentingan? Atau ini cuma satu lagi urusan pintu belakang yang diselindungi dengan alasan ‘untuk golongan B40’?

    Pemangku Presiden PBS, Joachim Gunsalam

    “Langkah ini hanya akan memberi seluruh industri besi buruk kepada segelintir pihak terpilih sambil mematikan ratusan pengusaha kecil — ramai antara mereka daripada golongan B40.

    MENARIK:  Lelaki meninggal dunia ketika berbasikal

    “Rakyat Sabah bukan bodoh. Ini jelas penyalahgunaan kuasa menteri untuk kepentingan peribadi atau politik,” tegasnya.

    Joachim menafikan dakwaan tersebut dan sebaliknya mendakwa ahli perniagaan Albert Tei — individu yang mula mendedahkan isu itu — sebagai pihak yang sebenarnya mahu memonopoli perdagangan besi buruk.

    ‘Buktikan saya salah’

    Semalam, Tei — yang sebelum ini turut mengaitkan sekumpulan ahli politik Sabah dalam satu lagi skandal berkaitan perlombongan — mengulangi cabarannya kepada Joachim dan timbalannya, Jahid Jahim, supaya membuktikan dirinya salah.

    “Sekali lagi saya cabar mereka membuat laporan polis jika dakwaan ini berunsur fitnah atau palsu. Saya mempunyai semua dokumen dan bukti untuk membuktikan perkara ini,” katanya.

    Pada 9 Okt lalu, Tei mendakwa dia terlibat dalam usaha JOachim memonopoli industri besi buruk negeri ketika pemimpin PBS itu memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah.

    Bagi menyokong dakwaannya, Tei mengemukakan dua surat rasmi bertarikh 2022 — satu didakwa ditandatangani oleh Joachim dan satu lagi oleh Jahid, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar — yang menurutnya merupakan sebahagian daripada usaha menubuhkan syarikat proksi bagi pihak mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah