25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu laskar siber PM: Rafizi petik ‘cabang PKR Vietnam’

    Shopee Sale

    Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, mengakui tidak terkejut dengan penemuan rangkaian sekurang-kurangnya 263 akaun yang menjalankan kempen berkoordinasi untuk meningkatkan sokongan secara tiruan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di halaman Facebook rasminya.

    Bercakap dalam episod terbaharu podkasnya, Rafizi—diminta mengulas dapatan siasatan Malaysiakini—berkata beliau telah mengesan corak serupa sejak awal tahun ini pada kandungan media sosialnya ketika menjadi menteri ekonomi.

    “Saya ingat dalam bulan mac tahun ini, saya memang teliti kalau bab social media. Kandungan saya di TikTok, Facebook, saya semak siapa like siapa komen, sebab saya nak memahami bagaimana untuk kita menutup jurang komunikasi itu.

    "Pada satu hari mac 2025, saya tengok kenapa konten bangang macam ni banyak orang like? Saya pun semak siapa yang like, semua orang Vietnam…

    "Jadi saya tanya pasukan saya. Saya minta semak apa kena-mengena orang Vietnam dengan konten saya di TikTok.Pasukan saya semak, kita tengok ada trend, bukan hanya konten saya yang ada like dari Vietnam, contents sebahagian menteri lain dan perdana menteri pun ada like dari Vietnam,” katanya.

    Ahli parlimen Pandan itu berkata tren berkenaan mendedahkan wujud sekumpulan individu pintar yang menggunakan taktik yang tidak sepatutnya bagi meningkatkan sokongan tiruan di media sosial.

    Pakar yang meneliti dapatan siasatan Malaysiakini berkata corak tersebut jelas menunjukkan berlakunya astroturfing profesional—kempen yang direka untuk mewujudkan tanggapan palsu sokongan akar umbi.

    Sepanjang tempoh tiga bulan, komen daripada rangkaian 263 akaun itu merangkumi hampir suku daripada keseluruhan komen yang disampel oleh Malaysiakini daripada hantaran perdana menteri.

    Rangkaian itu bergantung pada skrip bersama frasa siap tulis. Ini termasuk puji-pujian umum seperti “bukti kerajaan Madani…” dan poin perbincangan khusus seperti “gaji minima RM1,700”.

    MENARIK:  Anwar doakan Zuki Ali terus sukses

    Mengulas lanjut, Rafizi—yang tewas mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR kepada Nurul Izzah Anwar—berkata tren serupa menjadi lebih ketara semasa pengundian parti pada Mac.

    “Kemudian masa pengundian PKR lalu, memang jelas di social media, traction campaign saya lagi tinggi dari Izzah…

    "Dan sama juga kami selalu semak siapa, bagaimana. Mereka yang di belakang kerja-kerja gelap seperti ini tak hati-hati kerana kumpulan sama yang like kempen menteri sebelum itu pergi like kempen Izzah…jadi saya dedahkan kita ada PKR cabang Vietnam," katanya berseloroh.

    Rafizi menegaskan walaupun “kumpulan tidak beretika” seperti ini wujud dalam semua parti politik, terpulang kepada kepimpinan untuk memberi arahan jelas menentang amalan tersebut.

    “Kalau kita tak berhati-hari sebagai perdana menteri, menteri…kita rasa orang suka kita sedangkan ada troll farm,” katanya.

    “Jadi nasihat saya kepada orang-orang PKR yang buat ini, kalau ini cara untuk membodek DSAI, ini tidak membantu…

    "Ini sebenarnya membesarkan lagi bubble itu dan ia mewujudkan mirage, maksudnya nampak macam ada air tapi tak ada…hanya ilusi. Dia sama juga bila guna carakan begini, ini mewujudkan ilusi (sokongan) selesa yang tak benar,” tambahnya.

    Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sebarang pengetahuan atau pembabitan dengan rangkaian itu, menyatakan tiada “asas atau keperluan” untuk mengarahkan MCMC menjalankan siasatan.

    PMO turut menyandarkan aktiviti tersebut kepada individu yang menggunakan kebebasan bersuara mereka.

    Bagaimanapun, bukti skrip bersama, jadual kerja profesional dan struktur kluster berkoordinasi bercanggah dengan penjelasan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah