30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu jualan saham KWSP: MP pembangkang syor PAC panggil Amir Hamzah

    Shopee Sale

    Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diminta menyiasat Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berhubung penjualan saham Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

    Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN- Machang), berkata ini kerana ia berkemungkinan mempunyai kaitan dengan Amir yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP.

    Menurutnya penjualan saham KWSP 'secara lambak' bukanlah satu strategi bijak, sebaliknya merupakan satu pengkhianatan.

    "Soalan kami siapa CEO KWSP sewaktu jualan saham lambak ini dibuat, kalau tengok time line tak silap saya menteri kewangan kedua. Beliau CEO KWSP ketika itu.

    "Saya minta PAC panggil senator Amir Hamzah, panggil semua yang terlibat," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

    Terdahulu, Amir menafikan KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham MAHB, sebaliknya KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.48 bilion bagi penyata kewangan berakhir 31 Dis 2023.

    Jelasnya penjualan saham itu merupakan sebahagian daripada strategi dagangan aktif KWSP untuk memanfaatkan pergerakan harga saham selain menjana pendapatan pelaburan jangka pendek.

    MENARIK:  Kamera baru Awas lebih canggih, tapi sukar dikesan

    Katanya, saham MAHB telah dijual oleh KWSP pada harga antara RM6.80 sen sehingga RM7. 70 sen seunit dan berjaya menghasilkan keuntungan RM102 juta bagi tujuan agihan dividen KWSP 2023.

    “Prestasi saham MAHB yang mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 11.47 peratus turut menjadi faktor utama strategi ini.

    “KWSP telah mencatatkan keuntungan daripada penjualan beli saham MAHB dan berjaya merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.48 bilion bagi penyata kewangan berakhir 31 Dis 2023," kata Amir ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

    Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, PAC perlu memanggil Amir Hamzah kerana jawapan yang diberikan jelas tidak memuaskan.

    Dia mendakwa wujud manipulasi pasaran harga bagi penjualan saham terbabit oleh pihak tertentu untuk menjana keuntungan.

    "Sebab jawapan yang diberikan kerajaan sampai la ni tidak memuaskan langsung.

    "Jadi saya minta PAC siasat sehingga ke lubang cacing, saya yakin ada manipulasi pasaran dalam penjualan saham," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah