26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Indonesia beku lesen TikTok kerana didakwa gagal patuhi peraturan data

    Shopee Sale

    Indonesia pada Jumaat membekukan lesen operasi TikTok berhubung ketidakpatuhan syarikat itu terhadap keperluan peraturan negara kerana gagal memberikan data lengkap mengenai aktiviti penstriman langsung semasa protes baru-baru ini, lapor Anadolu Ajansi.

    “Tindakan ini mencerminkan ketegasan kerajaan terhadap keputusan TikTok yang hanya menyerahkan data tidak lengkap mengenai aktiviti TikTok Live ketika rusuhan antara 25 hingga 30 Ogos 2025,” kata Ketua Pengarah Pemantauan Ruang Digital Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital, Alexander Sabar seperti dipetik agensi berita Antara.

    TikTok sebelum ini menggantung fungsi penstriman langsungnya sepanjang tempoh protes pada Ogos sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan.

    Menurut Sabar, keputusan membekukan lesen itu dibuat selepas syarikat berkenaan enggan mendedahkan data berkaitan maklumat trafik serta pengewangan aktiviti penstriman langsung, di tengah-tengah dakwaan kandungan perjudian dalam talian semakin meningkat di platform itu.

    MENARIK:  Jumlah mangsa banjir di Kedah, Johor meningkat

    “Kami telah memanggil TikTok untuk penjelasan langsung pada 16 Sept dan menggesa mereka menyerahkan data lengkap selewat-lewatnya 23 Sept.

    "Namun, TikTok enggan berbuat demikian dengan alasan polisi serta prosedur dalaman penggunaan data,” katanya.

    Beliau menjelaskan, permintaan kerajaan adalah berdasarkan peraturan yang mewajibkan platform memberi akses kepada pihak berkuasa terhadap sistem dan data bagi tujuan pemantauan.

    Jakarta sebelum ini turut mengenakan denda hampir US$900,000 ke atas TikTok bulan lalu kerana kelewatan melaporkan pengambilalihan pasaran dalam talian Tokopedia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah