28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Elaun warden asrama kekal RM300, semakan terakhir pada 2022′

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Elaun RM300 untuk guru sekolah berasrama penuh yang turut berperananan sebagai warden asrama tidak mungkin akan dikaji semula dalam masa terdekat.

    Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, ini kerana jumlah elaun berkenaan telah disemak baru-baru ini.

    “Semakan elaun telah pun dibuat sekitar tahun 2021 atau 2022. Mungkin dari segi secara spesifik saya boleh bagi secara bertulis kepada YB Kuala Krai (kemudian),” katanya semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi.

    Wong (Pakatan Harapan–Taiping) menjawab soalan tambahan daripada Abdul Latif Abdul Rahman (Perikatan Nasional–Kuala Krai).

    Ahli Parlimen pembangkang itu ingin tahu bagaimana kementerian merancang untuk menangani beban tambahan kerja yang ditanggung guru berasrama penuh yang dilantik sebagai warden. Ini, termasuk jika kementerian akan mempertimbangkan untuk melantik kaunselor profesional sepenuh masa atau bekas anggota tentera sebagai warden.

    Menjawab soalan itu, Wong berkata kementerian telah mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan beban tugas guru dan warden.

    Menurutnya, guru yang dilantik sebagai warden dikecualikan daripada beberapa tugasan sekolah, termasuk penglibatan minimum dalam aktiviti kokurikulum, tidak dilantik sebagai guru kelas, serta pengecualian daripada mengajar pada waktu pertama persekolahan.

    MENARIK:  Koroner: Tindakan hina mahkamah jika siar barang kes inkues Zara

    “Pada masa sama juga pihak KPM baru-baru ini pd 22 Oktober lalu telah mengumumkan sebagai salah satu inisiatif baharu dalam utk memantapkan sistem warden asrama ini, KPM telah umumkan bahawa seramai 600 orang pembantu warden asrama sepenuh masa akan dilantik dalam kalangan personel MyStep.

    “Ini bertujuan meningkatkan pemantauan keselamatan murid asrama dan sekaligus mengurangkan beban warden asrama yang sedia ada,” katanya.

    Tambahnya, guru disiplin dan kaunseling di semua sekolah akan diberikan latihan mencukupi untuk menangani kes buli serta mengesan tanda awal masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar.

    Selain itu, kementerian juga melaksanakan saringan kesihatan mental bagi murid Tahun 5 dan 6 sekolah rendah serta pelajar sekolah menengah.

    Menurut laporan terdahulu, semakan elaun bagi ketua warden dan warden dilakukan pada 2022, dengan kadar bayaran masing-masing dinaikkan sebanyak 25 peratus kepada RM350 dan RM300.

    Kali terakhir elaun berkenaan disemak sebelum itu adalah pada tahun 1997, kata menteri pendidikan ketika itu, Radzi Jidin.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah