27.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 24, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr M: Lebih satu ‘payung besar’ hanya akan bawa perpecahan orang Melayu

    Shopee Sale

    Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kewujudan banyak "payung besar" dalam kalangan parti-parti Melayu akan hanya membawa kepada perpecahan dan kekalahan dalam pilihan raya.

    Dr Mahathir berkata walaupun sambutan terhadap cadangan menubuhkan gabungan atau ‘payung besar’ amat menggalakkan, namun terdapat kecenderungan untuk setiap pihak yang bercita-cita menjadi perdana menteri membentuk payung besar mereka sendiri.

    “Tiap mereka yang ingin jadi perdana menteri mendiri payung besar mereka.

    “Dengan itu akan terdapat dua, tiga atau lebih payung besar. Dan orang Melayu pun akan sokong dan jadi anggota payung-payung ini.

    “Seperti dengan keanggotaan dalam parti, orang Melayu akan berpecah. Maka payung besar pun memecahbelah orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Justeru, Mahathir yang juga bekas pengerusi Pejuang itu menggesa agar semua pihak berfikir secara rasional, sama ada mahu mewujudkan satu sahaja payung besar yang menyatukan semua, atau membenarkan kewujudan beberapa payung yang bersaing.

    “Percayalah jika ada lebih dari satu payung besar, hasilnya perpecahan dan kekalahan,” tegasnya.

    MENARIK:  Naib presiden Iran letak jawatan lepas 11 hari dilantik

    Mahathir turut mengingatkan bahawa pengundi Melayu memiliki cukup kerusi untuk menang dan membentuk kerajaan, namun katanya, niat mereka bukan untuk membentuk kerajaan yang bersifat sepenuhnya Melayu.

    “Seperti dengan Perikatan dahulu, kerajaan campuran boleh didiri dengan kaum Cina, India dan suku kaum lain,” katanya.

    Sebelum ini, Mahathir mengumumkan inisiatif baru untuk menggabungkan orang Melayu di bawah satu payung besar yang dikenali sebagai Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu.

    Menurutnya, gerakan yang tidak bermotifkan politik itu bertujuan menjadi wadah bagi menyelesaikan masalah dan isu dihadapi orang Melayu yang disifatkan gagal ditangani kerajaan hari ini.

    Jelas Mahathir, gerakan atau sekretariat itu juga bertujuan untuk mencari jalan supaya orang Melayu dapat menguasai semula kerajaan.

    Tambahnya, apa yang berlaku ketika ini orang Melayu berpecah-belah dan dibezakan dengan fahaman politik sekali gus menyebabkan mereka gagal dalam banyak perkara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah