28 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bomba selamatkan keluarga terperangkap dalam dusun

    Shopee Sale

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menyelamatkan lapan individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang terperanangkap di dalam sebuah dusun ketika banjir di Kampung Wang Perah, dekat Jitra semalam.

    Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah dalam kenyataan memaklumkan mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 8.11 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam dikerahkan ke lokasi kejadian.

    “PGO menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan terdapat satu keluarga yang terdiri daripada lapan individu terperanangkap di dalam kawasan dusun itu akibat banjir. Paras air dari sungai berdekatan telah melimpah hingga menyebabkan semua mangsa tidak dapat keluar.

    MENARIK:  AI: Teknologi datang dan pergi, asasnya manusia - editor

    “Pihak bomba menghadapi kesukaran untuk menghampiri kawasan berkenaan dengan jentera, bagaimanapun empat lelaki, tiga wanita serta seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia antara 10 hingga 12 tahun berjaya diselamatkan,” katanya.

    PGO JBPM Kedah memaklumkan semua mangsa yang diselamatkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.32 malam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah