28 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa 2 anak mengaku tak salah amang seksual murid lelaki 12 tahun

    Shopee Sale

    Seorang fasilitator lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Balik Pulau hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid lelaki berusia 12 tahun ketika menyertai kem motivasi, dua minggu lepas.

    Mohamad Firdaus Abdul Shukor, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

    Mengikut pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah kem di Kampung Genting antara 4.09 hingga 4.30 pagi, 12 Okt.

    MENARIK:  Dana RM177 juta: Ismail Sabri suspek, disoal siasat lagi Rabu ini

    Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya R Lushani tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

    Mahkamah kemudiannya mengarahkan kes berkenaan dirujuk ke Mahkamah Sesyen untuk proses jaminan serta menetapkan 28 Okt untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

    Kes melibatkan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah