27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Artis mural Ernest Zacharevic mahu saman AirAsia

    Shopee Sale

    Artis mural Ernest Zacharevic hari ini mengumumkan hasratnya untuk saman AirAsia kerana menggunakan karya seninya tanpa kebenaran.

    Zacharevic yang berasal dari Lithuania berkata dia telah cuba menyelesaikan isu itu secara baik tetapi syarikat penerbangan tambang murah itu hanya bertindak balas dengan mengeluarkan kenyataan, menafikan pelanggaran dan memanjangkan perbincangan.

    "Sejak beberapa tahun lalu, mural saya telah muncul dalam kempen e-mel, iklan, majalah dalam penerbangan AirAsia dan banyak lagi - semuanya tanpa kredit, persetujuan atau pampasan yang sewajarnya.

    "Tindakan berulang ini menetapkan duluan yang berbahaya: bahawa karya artis boleh dieksploitasi tanpa akibat.

    MENARIK:  Pakai duit syarikat, pemandu lori reka cerita ditikam penyamun

    “Ia bukan hanya mengenai saya – ia memberi kesan kepada seluruh komuniti artistik,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram.

    Dalam catatannya, dia melampirkan imej poster promosi AirAsia dan gambar yang memaparkan mural Zacharevic yang dilukis di Georgetown, Pulau Pinang memaparkan seorang remaja lelaki dan perempuan berbasikal.

    Dia turut berkongsi gambar dan video pesawat AirAsia dengan lukisan mural.

    Kali terakhir dia bercakap mengenai perkara ini pada 25 Nov, apabila menggesa Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

    Malaysiakini sudah menghubungi AirAsia untuk mendapatkan ulasan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah