27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AGC tutup kes laporan dakwa PM campur tangan siasatan SPRM

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA) berhubung siasatan polis terhadap laporan Bloomberg tahun lalu yang mendakwa perdana menteri campur tangan dalam urusan SPRM.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata arahan NFA daripada AGC itu dikeluarkan memandangkan “tiada keterangan yang mencukupi”.

    “Walau bagaimanapun, kes jenayah, tidak seperti kes sivil, tidak tertakluk kepada had tempoh masa.

    “Oleh itu, sekiranya terdapat perkembangan baharu pada masa akan datang, siasatan dan semakan lanjut terhadap kes ini masih boleh dijalankan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam ketika menjawap soalan lisan ahli Parlimen PAS Besut, Che Mohammad Zulkifly Jusoh.

    Che Mohammad Zulkifly Jusoh (PN-Besut)

    Azalina memaklumkan bahawa kertas siasatan oleh polis telah dikemukakan kepada AGC untuk tindakan lanjut susulan laporan yang dibuat oleh SPRM kepada pihak polis.

    Dalam jawapannya, Azalina turut menyatakan bahawa dalam kes yang melibatkan fitnah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, tiada tempoh had masa ditetapkan bagi memfailkan tindakan jenayah berkaitan fitnah.

    “Akta Majlis Media Malaysia 2025 telah diluluskan oleh Parlimen dan telah berkuatkuasa mulai 14 Jun 2025.

    MENARIK:  Menteri: 46 kes disyaki mpox disahkan negatif

    “Maka, apa-apa isu berhubung laporan media, termasuk etika kewartawanan, boleh dirujuk kepada majlis ini sebagai badan pemantau yang berperananan memperkukuh profesionalisme dan akauntabiliti media di negara kita,” katanya.

    Dia turut mengulangi jaminan bahawa walaupun kerajaan komited mempertahankan hak kebebasan bersuara rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, hak tersebut bukanlah mutlak.

    Pada September tahun lalu, Bloomberg yang memetik sumber melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, didakwa terlibat dalam “penyalahgunaan kuasa siasatan secara terancang” berhubung beberapa siasatan terpilih oleh agensi antirasuah itu.

    Tuduhan tersebut dikatakan melibatkan penindasan politik yang tertumpu kepada bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, dengan balunya, Na’imah Abdul Khalid, membuat laporan polis terhadap Anwar berhubung dakwaan berkenaan.

    Bagaimanapun, polis dan AGC kemudiannya mengklasifikasikan laporan Na’imah sebagai NFA.

    Laporan Bloomberg turut mendakwa bahawa Anwar mengarahkan Azam supaya tidak menyiasat bekas pembantunya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung pembelian saham dalam syarikat HeiTech Padu Bhd.

    Syarikat penyedia perkhidmatan teknologi itu dikaitkan dengan pembangunan sistem imigresen kerajaan bernilai RM1 bilion.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah