32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tular Pelajar Daftar Pengajian Sendirian, Asyraf Wajdi Hulur Bantuan – ‘Kalau Sudi Jadi Anak Angkat Sayalah’

    Shopee Sale

    Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan hasratnya untuk menjadikan seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Putera Iman Shah Shahiran sebagai anak angkat.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Mampu Bermewah & Memperagakan Kehidupan Tapi Mengapa Tak Mahu Lunaskan Hak Orang Lain?’ – Pengerusi MARA

    MENARIK:  [VIDEO] Ifa Raziah Pesan Jangan Kedekut Dengan Isteri – ‘Doa & Keberkatan Itu Penting’

    Artikel Berkaitan: ‘Budak-Budak Sekarang Buat Dulu Nanti Fikir’ – Rita Rudaini

    Anak angkat

    " data-video-id="7553549600552946961" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @drasyrafwajdi

    KISAH ANAK YATIM PUTERA YANG CEKAL… Sepanjang malam kelmarin ramai yang ‘tagged’ saya perihal adik Putera Iman Shah bin Shahiran. Kisahnya cukup menyayat hati saya, ibunya meninggal dunia beberapa tahun dahulu, setelah hanya sempat sebulan meraikan kegembiraan atas kejayaan Putera menyambung pengajian di MRSM Transkrian. Arwah meninggal sebulan selepas Putera masuk mendaftarkan diri. Arwah ayah yang hanya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan (Guard) pula meninggal secara mengejut bulan lepas. Tinggallah Putera sebatang kara tiada tempat mengadu dan berkasih sayang. Apabila mendapat tempat di Universiti Utara Malaysia (UUM), peringkat awal berkira-kira untuk tidak meneruskan kerana nak terus bekerja. Namun, alhamdulillah setelah dipujuk rakan taulan, beliau yang merupakan pelajar cemerlang di Pusat Matrikulasi dengan CGPA 3.7 secara bersendirian naik keretapi mendaftarkan diri seorang diri masuk ke UUM. Mujurlah pihak Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr @zambryabdkadirsendiri dan Naib Chanselor UUM Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan beserta pegawai-pegawai membantu dan mempermudahkan segala urusan Putera. Dr Zambry sendiri memberikan jaminan membantu kos yuran pengajian Putera. InsyaAllah MARA juga akan turut membantu dengan memberikan pembiayaan sara hidup bulanan di samping bantuan awal dan laptop untuk kegunaan pembelajaran beliau di UUM. Memandangkan Putera kini menjadi anak yatim piatu, insyaAllah saya juga akan menjadikannya sebagai anak angkat saya bagi membantunya. Bolehlah dia datang ke rumah waktu musim cuti semester. Hanya dengan ilmu sahaja yang boleh merubah kehidupan. InsyaAllah saya doakan Putera akan berjaya dan sentiasa dalam peliharaan Allah. HidupBiarBerjasa HidupKuMilikUmmah MerakyatkanMARA MRSM MARA

    ♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

    Menerusi perkongsian di TikTok, Asyraf menghubungi Putera Iman dan memberitahu bahawa pihaknya akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban pelajar itu.

    Nanti Mara akan bantu dan membiayai pengajian sampai habis. Mara juga akan bagi elaun bulanan, yang penting kena cemerlang.

    Putera, kalau sudi jadi anak angkat sayalah. Saya bagi tambahan bulanan juga.

    Saya ada ramai anak angkat, ramai yang dah berjaya. Saya nak tengok Putera berjaya juga.

    Kalau tak ada tempat nak pergi cuti-cuti, datang rumah saya pun tak apa.

    Dalam masa yang sama, Asyraf juga menitipkan nasihat kepada Putera Iman agar dia terus bersemangat untuk menimba ilmu dan membanggakan ibu bapanya.

    Ilmu sahaja yang boleh mengubah kehidupan kita.

    Apa saja Putera buat, kebaikan insyaAllah akan sampai kepada mak ayah.

    Jangan lupa sembahyang doakan mak ayah. Doa anak jadi sumber pahala mak ayah.

    Hargai peluang

    Sementara itu, pelajar berusia 19 tahun tersebut turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu dirinya.

    Saya nak ucapkan terima kasih kepada Dr Asyraf, pihak Mara dan semua.

    Saya akan guna peluang ini, saya akan cuba yang terbaik, usaha dapatkan keputusan baik untuk banggakan mak ayah. Saya akan hargai peluang saya dapat.

    Ada ramai lagi orang yang saya rasa lebih layak daripada saya tapi atas sebab tertentu tuhan pilih saya untuk dapat benda macam ini, dapat peluang macam ini saya tak akan sia-siakan.

    Terdahulu, kisah mengenai Putera Iman tular selepas dirinya hadir berseorangan ke kampus untuk mendaftar pengajian sebagai salah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pemasaran.

    Paling menyayat hati, bapa kepada Putera Iman iaitu Allahyarham Shahiran Pake Chi meninggal dunia pada bulan lalu.

    Arwah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu meninggal dunia ketika sedang tidur iaitu pada usia 57 tahun.

    Ibu pelajar itu pula menghembuskan nafas terakhir pada 2019 iaitu semasa Putera Iman berusia 13 tahun.

    Sumber: TikTok Asyraf Wajdi

    The post [VIDEO] Tular Pelajar Daftar Pengajian Sendirian, Asyraf Wajdi Hulur Bantuan – ‘Kalau Sudi Jadi Anak Angkat Sayalah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah