25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Siti Jamumall Dakwa Bagi RM33k, Percaya Isteri Along Cham Tidak Seleweng RM95,180 – ‘Memang Ada Bukti Terdapat Aliran Wang ..’

    Shopee Sale



    siti afeena

    Personaliti media sosial, Siti Jamumall tampil mempertahankan isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi selepas didakwa menyeleweng dana sumbangan hampir RM100,000.

    Bagi RM33,000

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Siti Jamumall (@sitijamumall)

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), Siti mendakwa dia telah memberi wang sebanyak RM33,000 kepada Afeena pada 29 Disember tahun lalu untuk membantu suaminya yang ketika itu masih berada dalam tahanan polis.

    Dakwa Siti, dia sama sekali tidak mengenali Afeena secara peribadi malah tidak berpihak kepada sesiapa.

    Walaupun tidak kenal, niat saya beri duit sebanyak RM33,000 hanya nak bantu Afreena yang mahu membebaskan suaminya. Dia (Afreena) hubungi saya nangis-nangis.

    Tambah pula saya faham betapa sukarnya seorang ibu mahu besarkan anak-anak sendirian.

    Berkaitan masalah hal rumah tangga mereka saya tak nak campur, cumanya memang ada bukti terdapat aliran wang sebanyak RM95,180 ke satu akaun perniagaan.

    Duit semua pergi ke sana termasuk duit Siti, duit Afeena dan keluarga Afeena.

    Yakin Afeena jujur

    siti jamumall afeena

    Dalam pada itu, Siti yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Setia Alam juga yakin Afeena tidak menipu dalam isu dana sumbangan yang sedang hangat diperkatakan.

    Cuma kita nak benda yang benar. Saya yakin kalau Afeena menipu dia tak akan berani ke balai polis untuk tunjuk segala statement. Esok (29 Januari) saya akan dipanggil oleh Pegawai Penyiasat (IO) untuk beri keterangan.

    Sebelum ini, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa Afreena telah menyeleweng dana sumbangan orang awam berjumlah lebih RM100,000 yang dikatakan untuk kegunaan menguruskannya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh serta pengurusan anak.

    MENARIK:  [VIDEO] Sally Whoo Ada Sebab Tak Bawa Ean Maleeq Ke London – ‘Saya Tak Suka Pergi Bercuti Dengan Kawan Bawa Anak, Rushing’

    Selain itu, Along juga mendakwa aktor Aaron Aziz turut menjadi mangsa penipuan isterinya apabila sudah memberi RM5,000 didakwa untuk kegunaan ikat jamin.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah