28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 2, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sah! Erra Fazira & Mr E Naik Pelamin 12 Disember Ini

    Shopee Sale

    Primadona Filem Melayu, Erra Fazira membuat pengumuman bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu ahli perniagaan, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mr. E Ingin Segera Sunting Erra Fazira Sebagai Isteri – ‘Benda Yang Baik Kena Cepatkan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Saya Yang Kahwin’ – Erra Fazira Belum Tamat Zaman Solo, Akui Sering Jadi Mangsa Keadaan

    Taman zaman solo

    Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga pada 12 Disember ini bersamaan hari Jumaat hadapan.

    Jelita dengan busana berwarna kuning, Erra tidak dapat menahan air mata apabila mengumumkan tarikh hari bahagianya itu.

    Insyaallah ini adalah berkat doa, dengan izin Allah sekiranya tak ada aral melintang pada tanggal 12 Disember, saya menjemput rakan-rakan media dan semua..saya harap anda dapat mendoakan agar majlis pernikahan ini berlangsung dengan baik.

    Pengumuman tersebut dilakukan semasa pelancaran single dan tayangan perdana lagu tersebut ‘Cinta Abadi’ yang berlangsung di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur pada Selasa.

    MENARIK:  [VIDEO] Elite Masuk Kelas Vokal, Netizen Puji – ‘Bersungguh Buat Persiapan, Boleh Beli Tiket Ni’

    Lebih istimewa, ‘Cinta Abadi’ yang dirakamkan semula untuk versi terbaharu itu juga menjadi lagu tema perkahwinan mereka.

    Terdahulu, Erra mengaku sedang mengenal hati budi Mr. E dan meminta semua pihak memberi ruang, malah mereka dilihat terbuka memaparkan keserasian di media sosial.

    Difahamkan pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak Ogos tahun lalu.

    Imbas kembali, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 dan bercerai selepas tiga tahun.

    Pelantun lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara itu kemudian berkahwin kali kedua bersama Engku Emran. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata namun bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

    The post [VIDEO] Sah! Erra Fazira & Mr E Naik Pelamin 12 Disember Ini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah