28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Prince Syed Beri Isteri RM30k Buat Belanja ‘Shopping’ – ‘Syukur, Rezeki Allah Bagi Kita Kongsi Dengan Pasangan’

    Shopee Sale



    Usahawan dan pempengaruh, Prince Syed Shahid sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila dia menghadiahkan wang sebanyak  RM30,000 kepada isterinya Fatin.

    Demi isteri

    " data-video-id="7424329967195950343" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @prince.syed.shahid

    Misi habiskan RM 30K , berjaya atau wife habiskan duit belanja yang abam bagi kalini hehe , syukur rezeki Allah beri kita kongsi dengan pasangan

    ? original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Syed Shahid dan isteri dilihat sedang berada di sebuah pusat membeli belah.

    Paling menarik perhatian adalah wang tunai yang diisi penuh di dalam beg tangan Fatin.

    Misi habiskan RM30k, berjaya atau tidak isteri habiskan duit belanja yang saya berikan kali ini?

    Syukur, rezeki Allah berikan kita kongsi dengan pasangan.

    Antara premis mewah dan berjenama yang dikunjungi mereka adalah Patchi, Cili Kampung, Mac, Swarovski dan Chanel.

    Dalam masa yang sama, Syed Shahid turut menitipkan pesanan kepada setiap pasangan supaya mengimbangi antara cinta dan tanggungjawab.

    Kalau kau mengharapkan cinta, kau ingat kau boleh makan cinta tu?

    Jadinya kalau kita nak hidup bahagia, ceria, gembira…duit dan cinta kena ada. Dua-dua tu kena seimbang.

    Nasihat netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Fatin sebagai seorang isteri yang bertuah kerana dilimpahi dengan kemewahan.

    Beruntung sangat isterinya.

    Ya Allah bestnya. Untungnya Fatin. Kita nak dapat duit belanja RM300 pun payah, dia dapat RM30k terus.

    Dalam pada itu, ada juga yang menasihati mereka agak tidak terlalu menayang kekayaan di media sosial.

    Sebab tu kena buatan orang, dalam sosial media ni ramai yang mendengki..tu puncanya.

    Kekayaan atau apa sahaja jangan tunjuk dekat orang, sebab kita tak tahu hati orang ramai yang dengki. Nanti orang boleh hantar itu ini.

    MENARIK:  Mahu Cari Ketenangan, Britney Spears Tukar Nama & Pindah Mexico

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah