26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 14, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pengarah Sifatkan Farid Kamil Profesional Meski Berdepan Isu Perceraian – ‘Dia Tak Pernah Nak Minta Tangguh Shooting’

    Shopee Sale



    Meskipun berdepan dengan kemelut rumah tangga namun pelakon, Farid Kamil masih menonjolkan sikap profesional ketika di set penggambaran.

    Farid komited kerja

    Ketika ditemui , pengarah filem Bisikan Dosa iaitu Faizul A. Rashid berkata, Farid tetap memberi komitmen yang cemerlang tanpa menunjukkan sebarang perubahan emosi sepanjang penggambaran dilakukan.

    Dia sangat profesional dan tetap meneruskan penggambaran seperti biasa. Pada hari berita (perceraian) tersebar, dia ada di set penggambaran dan dia okay.

    Malah sehari sebelum berita itu tersebar, dia ada bergelak ketawa di set. Itu satu perkara yang saya puji mengenai Farid, disiplinnya sangat baik dan profesional meskipun sedang berhadapan dengan masalah sendiri.

    Saya mengenali Farid sudah lama, sebelum menjayakan filem ini lagi, kami ada keluar bermain golf bersama anaknya, Diana juga ada dan semuanya okay.

    Faizul berkata demikian di lokasi filem tersebut yang kini sedang berlangsung di penggambaran di Kuang, Selangor pada Rabu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Turn Dia Kan Dia Gelak Lah, Suka Lah Dia..Saya Dah 4 Tahun Bergelak Ketawa Dengan Aslam’ – Misya Mazlan

    Bukan itu sahaja, Faizul turut memuji aktor berusia 43 tahun tersebut yang tidak pernah meminta untuk menangguh penggambaran malah meneruskan pekerjaannya seperti yang dijadualkan.

    Dia tak pernah nak minta tangguh penggambaran. Malah setiap kali di lokasi dia sentiasa memberikan yang terbaik.

    Kita juga tidak boleh nak salahkan dia dalam situasi ini kerana setiap orang ada masalah tersendiri.

    Isnin lalu, pelakon filem Imaginur itu membuat mengumuman mengejutkan menerusi hantaran di Instagram dengan memberitahu bahawa dia akan bercerai buat kali kedua dengan Farid.

    Terdahulu, selepas 11 tahun berkahwin, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023.

    Bagaimanapun, pasangan itu kemudian rujuk semula dalam tempoh iddah. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah