28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kalau Saya Meninggal Dunia, Saya Ikhlaskan Suami Saya Kahwin Lain’ – Shahida

    Shopee Sale



    Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwin lain sekiranya ditakdirnya dirinya ‘pergi’ dahulu.

    ‘Saya ikhlaskan suami saya kahwin lain’

    " data-video-id="7506340419664383250">
    @dkaysharonpapa laris pernah hampir kene sondol? original sound – DKAYs

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shahida atau nama lengkapnya Nor Shahida Mohd Rashid, 40, mengikhlaskan suaminya untuk berkahwin lagi kerana percaya Aliff memerlukan teman hidup dan seorang isteri untuk menjaga anak-anak.

    Kalau saya meninggal dunia, saya ikhlaskan suami saya kahwin lain. Sebab dia perlukan teman, ada anak untuk dijaga dan perlukan kasih sayang seorang ibu.

    Namun, dalam nada berseloroh, Shahida sempat memberi amaran sinis kepada suaminya agar melupakan sebarang niat untuk berlaku curang sekiranya dia masih hidup.

    Tapi kalau aku hidup lagi Aliff Syukri, kau buat perangai kau siap. Kau tak kenal kiri kanan nanti.

    Bagaimanapun, Shahida berpendapat bahawa realiti masyarakat hari ini, di mana kebanyakan lelaki cenderung untuk berkahwin semula selepas kehilangan pasangan.

    Memang ada lelaki yang tak kahwin tapi jarang lah kita tengok. Kebanyakan akan berkahwin, mungkin sebab faktor dah terbiasa berteman dan sebagainya.

    Contoh kalau suami saya meninggal dunia suatu hari nanti, mesti akan ada lelaki yang datang sebab saya ni janda kaya. Yang datang pula bukan betul sayang saya tapi sebab duit.

    Menyentuh soal godaan dan keikhlasan dalam perhubungan, Shahida akui masih wujud cinta yang tulus, namun ada juga cinta berlandaskan duit.

    Ramai je perampas dekat luar sana, asal berduit je. Ada je duit, orang datang dekat kau. Yang tak berduit pun orang sondol, apatah yang berduit ni. Tapi banyak juga cinta yang ikhlas dan tak mengenal usia tapi jaranglah.

    MENARIK:  Instafamous Berhabis Lebih RM41k Borong Abaya – ‘Spending My Husband Money’ 

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah