Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz meluahkan rasa senang apabila melihat keakraban bekas isterinya Bella Astillah dengan ahli politik, Syed Saddiq.
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Kembali Menyanyi, Netizen Puji Suara Unik
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Padam Semua Gambar Lama Di IG? Mahu Tampil Dengan Versi Baharu – ‘Ini Adalah Kelahiran Semula Saya’
Harapan Aliff
View this post on Instagram
Menerusi temu bual bersama Berita Harian Singapura, Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz, 34, mendoakan yang terbaik untuk Bella dan Saddiq.
Aliff juga malah bersyukur anak-anaknya kini amat dikasihi oleh insan-insan yang penyayang.
Jika mereka (Bella dan Saddiq) gembira Alhamdulillah, saya doakan mereka semoga kekal terus gembira atau akan lebih gembira lagi.
Jika itu kebahagiaan mereka, saya doakan yang baik-baik kerana untuk saya, apa yang telah berlaku, telah pun berlalu.
Alhamdulillah Ayden dan Ara dikelilingi oleh orang-orang yang suka layan dan sayang dengan mereka.
Tumpuan Aliff

Tambah pelantun lagu Sayang Sayang itu lagi, ketika ini dia mahu menumpukan fokus kepada dirinya sendiri.
Selebihnya saya tidak fikirkan sangat. Untuk saya ada lebih banyak perkara yang perlu saya tumpukan perhatian secara dalaman dan spiritual.
Daripada saya beri tumpuan kepada luaran sahaja lebih baik saya fokus tentang perkara yang saya mahu lakukan agar lebih bermanfaat.
Sekarang adalah masa untuk saya meletakkan diri ke hadapan.
Imbas kembali, 2024 merupakan tahun yang kurang baik buat Aliff apabila dia ditangkap berkhalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.
Tidak hanya itu, mahligai perkahwinan Aliff bersama bekas isteri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah juga akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai pada 13 Jun tahun lalu.
Sumber: Berita Harian Singapura
The post [VIDEO] ‘Jika Bella Astillah & Syed Saddiq Gembira, Saya Doakan Yang Baik-Baik’ – Aliff Aziz first appeared on OHBULAN!.





