Primadona Filem Melayu, Erra Fazira memaklumkan bahawa dia telah dirisik oleh keluarga bakal suami iaitu Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E, enam minggu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sah! Erra Fazira & Mr E Naik Pelamin 12 Disember Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mr. E Ingin Segera Sunting Erra Fazira Sebagai Isteri – ‘Benda Yang Baik Kena Cepatkan’
Cincin tanda

Ketika ditemui , Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, berkongsi bahawa perbincangan yang serius bersama Mr E dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk meneruskan perhubungan mereka.
Kedua-dua keluarga kami sudah bertemu enam minggu lalu untuk menghantar cincin tanda.
Sebelum itu, kami berdua berbincang terlebih dahulu dan apabila semuanya sudah yakin dan pasti, barulah kami berjumpa dengan keluarga masing-masing.
Erra berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran single dan tayangan perdana lagu ‘Cinta Abadi’ yang berlangsung di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur pada Selasa.
Anak restu

Bercerita lanjut, pelakon filem Maria Mariana bersyukur kerana penyatuan itu turut mendapat restu anak perempuannya, Engku Aleesya termasuk bakal anak tirinya.
Alhamdulilah, kedua-dua anakanda kami sangat positif dan mereka bersyukur malah ikut sahaja perancangan kami. Tiada bantahan dari anak-anak.
Anak saya pun sudah berusia 16 tahun, semuanya sudah difikirkan. Jadi atas pendekatan itu kami ambil keputusan untuk bersatu.
Erra menerusi majlis tersebut mengumumkan tarikh pernikahannya bersama Mr E iaitu pada 12 Disember ini.
Terdahulu, hubungan pasangan tersebut mula dihidu sejak Ogos tahun lalu.
Imbas kembali, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 dan bercerai selepas tiga tahun.
Pelantun lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara kemudian berkahwin kali kedua bersama Engku Emran. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata namun bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
The post [VIDEO] Erra Fazira Terima Cincin Tanda 6 Minggu Lalu – ‘Kedua Keluarga Kami Sudah Bertemu’ first appeared on OHBULAN!.





