Bintang TikTok dan penyanyi baharu, Jelly Belly meluahkan rasa kesal terhadap pembuli yang tergamak membuli sehingga meninggalkan trauma kepada si mangsa.
Artikel Berkaitan: Restoran Tok Keramat Di Jitra Tawar RM30k Kepada Pemberi Maklumat Kes Arwah Zara Qairina
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pasukan Penggali Cerita Momen Gali Kubur Zara Qairina, Kain Kafan Sempurna & Tidak Berbau – ‘Kami Menitiskan Air Mata’
Dibogel dan digesel-gesel
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Jelly berkongsi kisahnya menjadi mangsa buli semasa di peringkat sekolah di sebuah institusi agama.
Saya tak rasa nikmat sekolah yang sebenar. Saya bersekolah di sekolah agama.
Saya agak kesal dengan apa yang terjadi pada saya. Mereka tak boleh terima saya lembut.
Kalau saya jalan, mereka akan sepak dan terajang.
Daripada tingkatan 1 hingga tingakatan 3, tak sampai 10 kali saya pergi kantin.
Apa yang lagi saya tak boleh terima, mereka pernah bogelkan saya.
Punggung saya ditepuk dan kemaluan dia digesel-gesel pada saya.
Ustaz salahkan mangsa

Ujarnya lanjut, kes ini diadukan oleh individu yang merupakan penolong ketua pengawas namun tidak diambil sebarang tindakan.
Dakwa Jelly, seorang ustaz yang merupakan guru disiplin di sekolah agama terbabit menunding jari kepadanya kerana memiliki personaliti lembut.
Ada seorang akak penolong ketua pengawas ini, dia bela saya.
Saya kesal apabila ustaz itu menyalahkan saya. Dia kata saya dibuli sebab saya lembut.
Dan, saya dirotan oleh ustaz itu.
Saya sampai nak berhenti sekolah. Sakit sangat apabila dibuli.
Pada akhir perkongsian, Jelly memilih untuk memaafkan semua pembuli yang pernah melakukan kejahatan ke atasnya namun tidak mudah untuk dilupakan.
Sumber: TikTok @jelllybelly
The post [VIDEO] ‘Dia Gesel Kemaluan’ – Jelly Belly Dedah Pernah Dibuli, Dakwa Ustaz Salahkan Personaliti Lembut first appeared on OHBULAN!.






