Seorang wanita menjadi tular di media sosial selepas berjaya memaparkan vokal hampir setanding penyanyi Nadeera Zaini apabila menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita.
Terkesima dengar
Menerusi perkongsian di TikTok, Nadeera dilihat sedang membuat persembahan dipercayai pada majlis Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya 2025 baru-baru ini.
Ketika sedang menyanyikan lagu tersebut, pemilik nama Farah Nadeera Zaini itu mendekati salah seorang penonton yang berada di majlis itu.
Nadeera kemudiannya meminta penonton wanita itu untuk menyambung lirik lagu tersebut.
Tidak menunggu lama, wanita itu terus menyanyikan lagu tersebut hingga membuatkan Nadeera dan penonton yang lain terkesima.
‘Tolong cari’
Rata-rata netizen yang mendengar nyanyian wanita itu turut mengakui dia mempunyai bakat yang mendalam dalam bidang itu.
Segelintir mereka turut mendakwa wanita tersebut adalah peserta daripada program One In A Million (OIAM) dan Mentor.