
Pelawak dan pelakon, Achey mengundang sebak orang ramai apabila berkongsi coretan hati untuk anaknya, Nur Tiara Zinnirah baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey ‘Control Portion’ Makanan Anak Setiap Kali Makan – ‘Nak Dilarang..Kasihan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Dedah Isteri Pernah Kerja ‘Cleaner’ Tiga Bulan, Nak Tolong Lunas Hutang Tertunggak – ‘Gaji Dia Semua Bagi Aku’
Doa untuk Tiara

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Mohd Nasir Hamzah itu berharap agar setiap individu yang terhibur melihat gelagat anaknya menitipkan doa untuk perjalanan hidup Tiara.
Kadang-kadang dia tidak pernah tahu dia pernah menghiburkan rakyat Malaysia.
Apa yang ayah harap, bila orang suka awak (Tiara) terselit doa untuk proses awak membesar iaitu menjadi insan yang baik. Amin.
Jaga budi pekerti

Sementara itu, Achey juga sempat menitipkan pesanan buat anak gadisnya supaya sentiasa menjaga perlakuan baik sehingga dewasa.
Maaf nak kalau ayah dan mama bukan yang terbaik untuk awak. Setidaknya jika doa ayah tidak cukup mungkin (doa) orang lain boleh cover.
Bila Tiara dah besar nanti, boleh tengok balik coretan, suntingan yang ayah buat untuk awak sedikit sebanyak disayangi masyarakat. Tolong bawa perkara yang baik sehingga dewasa nak.
Sekadar info, Achey dan Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya mendirikan rumah tangga pada 2011 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Sehinggalah pada tahun 2018, pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat yang dinamakan Tiara, 7.
Entah lahh main perasaan plak pagi sahur ni… sory nak kalau ayah mama bukan yang terbaik untuk awak… setidaknya jika doa ayah tidak cukup… mungkin orang lain boleh cover ?… dah besar nanti awak boleh tgk balik coretan,suntingan yang ayah buat untuk awak sedikit sebanyak di sayangi masyarakat .. please carry benda perkara baik sampai ke dewasa nak.. .. – ayah – #tiaracandy @tiaracandy_official @anne_achey21
? Buah Hati – Armada
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Coretan Achey Buat Tiara Undang Sebak – ‘Tolong Bawa Perkara Baik Hingga Dewasa Nak’ first appeared on OHBULAN!.





