28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 2, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ustaz Wadi Annuar Kongsi Sabda Nabi SAW Tentang Kaum Nabi Lut – ‘Bila Allah Laknat, Itu Amaran Paling Keras Dalam Agama’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar mengingatkan umat Islam tentang perbuatan kaum Nabi Lut iaitu menjalinkan hubungan sejenis yang merupakan antara dosa besar.

    Artikel Berkaitan: 201 Lelaki Termasuk 17 Penjawat Awam Ditahan, Didakwa Terbabit Aktiviti Songsang

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Dedah Terima Tempahan Dewan Kahwin Daripada Pasangan Gay – ‘Kami Tolak, Itu Prinsip’

    Perbuatan yang dilaknat

    Menerusi perkongsian di Threads, Ustaz Wadi berkongsi hadis daripada Rasulullah SAW mengenai larangan terhadap hubungan sejenis.

    Sabda Nabi Muhammad SAW: ‘Allah melaknat sesiapa yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut.

    Dalam masa yang sama, Ustaz Wadi menegaskan bahawa laknat Allah SWT adalah tamparan hebat kerana ia menandakan rahmatNya telah ditarik daripada individu yang melakukan dosa iu.

    Bila Allah melaknat, itu makanya rahmat ditutup.

    Ini amaran paling keras dalam agama. Seolah-olah Allah tinggalkan seseorang tanpa sedikit pun belas kasihan.

    Terdahulu, media laporkan seramai 201 orang pengunjung lelaki di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit telah ditahan berikutan didakwa terlibat dalam aktiviti songsang.

    MENARIK:  [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’

    Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Azani Omar memaklumkan hasil daripada operasi tersebut 17 orang daripada mereka yang ditahan adalah penjawat awam yang berkhidmat sebagai doktor pakar, guru, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik serta pegawai agensi penguatkuasaan.

    Operasi mengejut tersebut dilakukan pada Jumaat membabitkan Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas menjalankan risikan selama dua minggu.

    Sumber: Threads Ustaz Wadi Annuar

    The post Ustaz Wadi Annuar Kongsi Sabda Nabi SAW Tentang Kaum Nabi Lut – ‘Bila Allah Laknat, Itu Amaran Paling Keras Dalam Agama’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah