Setiap kali plan nak jumpa kawan, mesti ada dilema sikit kan? Nak lepak best, tapi takut harga makanan naik sampai poket rasa sakit.
Kadang-kadang kita nak enjoy makan ramai-ramai, tapi bila kira-kira, setiap sorang kena bayar mahal. Kalau bajet tight tapi masih nak bonding moment dengan kawan, memang boleh pening kepala.
Berita baik untuk semua pelajar dan working adults, ada cara mudah untuk enjoy sesi makan puas hati dengan kawan tanpa rasa guilty.
Bayangkan duduk satu meja, sembang cerita harian, kongsi makanan yang cukup untuk dua hingga tiga orang dan yang paling best, purata harga setiap sorang cuma RM8.50 sahaja.

Makan bersama jadi lebih seronok
Menu ini memang familiar dan memuaskan. Ada dua ketul ayam goreng, dua Zinger Classic burger dan dua bekas mashed potato. Semua comfort food yang memang semua orang suka.
Bila kongsi dengan kawan, bukan sahaja perut kenyang, tapi bonding session pun jadi lebih seronok. Boleh sembang cerita kerja, gossip sikit atau plan trip seterusnya sambil menikmati makanan kegemaran semua orang.
Harga mesra poket, terutamanya weekday

Yang paling menarik, promo ini cuma RM25, sesuai dikongsi tiga orang, bersamaan purata bawah RM10 seorang. Sangat sesuai untuk weekday treat kerana boleh release stress tengah minggu tanpa rasa bersalah.
Promo ini berlangsung dari sekarang hingga 31 Disember 2025, setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Kalau plan makan tengah minggu dengan kawan, weekday sebenarnya lebih selesa. Kedai tidak terlalu crowded, kita boleh duduk lama, sembang banyak perkara dan enjoy suasana santai.
Mudah order dan pilih cara untuk nikmati
Untuk lebih mudah, korang boleh order melalui KFC App atau kfc.com.my untuk self-collect. Kalau nak pergi terus ke kedai juga boleh, sama ada dine-in, takeaway atau drive-thru.
Namun, promo ini hanya tersedia di Semenanjung Malaysia dan tidak termasuk delivery melalui Foodpanda, GrabFood atau ShopeeFood dan beberapa cawangan seperti airport, Mall of Medini dan Genting.

Combo ini memang sesuai untuk bonding session bersama kawan atau rakan sekerja. Seronok, puas hati dan tetap menjimatkan. Kadang benda simple seperti ini sudah cukup untuk menjadikan hari tengah minggu lebih ceria.
Makan sama-sama dengan kawan tidak semestinya mahal. Yang penting, pilih cara bijak, menu cukup untuk semua, harga mesra bajet dan boleh share experience bersama-sama.
Bila plan catch-up dengan kawan, boleh enjoy makanan puas hati tanpa rasa bersalah, sambil mengumpul kenangan manis.
The post RM25 Untuk 3 Orang? KFC Keluarkan Combo Yang Bikin Semua Orang Nak Lepak Weekday first appeared on OHBULAN!.





