27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rezeki Raya! Pemenang Kempen P&G x MYDIN Balik Kampung Dengan Kereta Baru

    Shopee Sale

    Bila musim raya makin dekat, satu perkara yang ramai rakyat Malaysia dah mula fikirkan ialah… balik kampung.

    Walaupun perjalanan kadang-kadang jauh, trafik sesak dan ambil masa berjam-jam, rasa teruja nak jumpa keluarga di kampung tetap buat semuanya terasa berbaloi.

    Tapi bayangkan kalau perjalanan balik kampung tahun ini jadi lebih selesa, lebih wangi dan siap bertaraf VIP?

    Inilah pengalaman yang dirasai oleh para pemenang kempen “Balik Kampung Like a VIP” anjuran Procter & Gamble (P&G) Malaysia bersama MYDIN, yang diraikan dalam satu Majlis Penyampaian Hadiah & Jelajah Raya di MYDIN USJ, Subang Jaya baru-baru ini.

    Ada yang bawa balik kereta baru!

    Kemuncak majlis sudah tentu apabila seorang pemenang bertuah berjaya membawa pulang sebuah Proton e.MAS 5 baharu sebagai Hadiah Utama.

    Bukan itu sahaja, lima lagi pemenang turut menerima pengalaman istimewa apabila berpeluang memandu Proton X70 selama seminggu.

    Memang lain macam balik kampung tahun ni, bukan sahaja selesa, malah terasa macam perjalanan VIP!

    Balik kampung lebih selesa & penuh kenangan

    Menurut Pengarah Urusan P&G Malaysia dan Singapura, Nantha Kalimuthu, kempen ini diinspirasikan daripada tradisi balik kampung yang cukup dekat dengan hati rakyat Malaysia.

    Bagi ramai orang, perjalanan pulang ke kampung bukan sekadar perjalanan biasa, ia adalah detik untuk kembali berkumpul, mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan bersama insan tersayang.

    Sebab itu melalui kempen ini, P&G mahu menjadikan pengalaman balik kampung lebih selesa, segar dan menyeronokkan untuk keluarga Malaysia.

    Jelajah meriah di MYDIN

    Selain majlis penyampaian hadiah, para pengunjung yang hadir turut berpeluang merasai kemeriahan Jelajah Raya yang dianjurkan di MYDIN USJ.

    MENARIK:  Natasha Hudson Kongsi Perjalanan Bersalin Anak Keempat, Lebih Tenang Pada Usia 41 Tahun – ‘Kurang Sakit & Tiada Koyak’

    Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk pameran produk interaktif, promosi eksklusif serta aktiviti bersama pengunjung yang memeriahkan lagi suasana menjelang sambutan Raya.

    Memang terasa vibe raya bila datang ke acara ini!

    Perjalan balik kampung & ruang rumah kekal segar

    Kempen “Balik Kampung Like a VIP” ini turut menampilkan beberapa jenama utama P&G seperti Downy, Ambi Pur dan Febreze yang membantu memastikan kesegaran sepanjang musim perayaan.

    Daripada pakaian yang kekal harum lebih lama, kesegaran dalam kereta ketika perjalanan jauh, hinggalah penjagaan fabrik supaya rumah sentiasa selesa menerima tetamu, semuanya memainkan peranan penting untuk memastikan sambutan raya lebih menyenangkan.

    Dengan penyelesaian kesegaran yang menyeluruh, perjalanan balik kampung dan suasana di rumah pun terasa lebih selesa untuk seisi keluarga.

    Kerjasama P&G & MYDIN meriahkan lagi raya!

    Kerjasama antara P&G dan MYDIN melalui kempen ini sekali lagi membuktikan komitmen kedua-dua jenama dalam membawa pengalaman yang lebih bermakna kepada pengguna di seluruh negara.

    Bukan sekadar menawarkan produk berkualiti, malah turut mencipta pengalaman yang mampu menghidupkan lagi kemeriahan sambutan Raya bersama keluarga.

    Sempena musim perayaan ini, P&G dan MYDIN berharap agar setiap perjalanan balik kampung menjadi lebih segar, selesa dan penuh kegembiraan.

    Untuk maklumat lanjut serta lokasi Jelajah Raya seterusnya, orang ramai boleh mengunjungi MYDIN berdekatan.

    The post Rezeki Raya! Pemenang Kempen P&G x MYDIN Balik Kampung Dengan Kereta Baru first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah