Kopi merupakan minuman popular di seluruh dunia yang mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Ia boleh memberi tenaga dan meningkatkan fokus, namun pengambilan berlebihan boleh menjejaskan kesihatan.
Artikel Berkaitan: Madam Mariyah Dah Dua Tahun Tak Sentuh Nasi – ‘Hanya Makan Salad & Minum Kopi Setiap Hari’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar Pilih Bantu Usahawan Kecil Meski Gambar Berkopiah Diguna Tanpa Izin – ‘Mungkin Dia Susah’
Khasiat kopi

Terdapat pelbagai jenis kopi di pasaran, namun kepelbagaian ini kadangkala menyukarkan sesetengah individu untuk membezakan antara kopi yang sihat dan kurang berkhasiat.
Majlis Keselamatan Negara memaklumkan bahawa beberapa kajian mendapati pengambilan kopi mampu membantu mengawal tekanan dengan menyekat reseptor adenosine A2A, iaitu reseptor yang berkaitan dengan tahap stres.
Pengambilan sekitar 300mg kafein sehari boleh meningkatkan metabolisme sehingga 11% dan menambah pembakaran kira-kira 80 kalori, namun kesannya terhadap penurunan berat badan masih dianggap terhad.
Khasiat kopi yang seterusnya, minum sekitar sejam sebelum bersenam dapat meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan selepas latihan
Kopi bukan sahaja melindungi hati, malah membantu memanjangkan jangka hayat dengan mengurangkan risiko kematian pramatang akibat penyakit kronik, kanser, dan gout.
Khasiat kopi yang terakhir, ialah menyokong pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus serta meningkatkan fungsinya.
Menjejaskan kesihatan

Sememangnya kopi adalah sejenis bahan perangsang yang mampu memberikan tenaga dan membuatkan seseorang rasa lebih segar.
Namun, bagi sesetengah individu ianya boleh menyebabkan ketagihan, dan pengambilan berlebihan boleh menjejaskan kesihatan.
Antara impak negatifnya, adalah seperti peningkatan tekanan, keradangan pada saluran darah yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes, serta gangguan pada sistem penghadaman seperti gastrik dan pedih ulu hati.
Di samping itu, pengambilan kopi yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus, serta meningkatkan risiko kemurungan dan keresahan.
Walau bagaimanapun, kopi masih memberi manfaat jika diambil dalam kuantiti sederhana. Pengambilan berlebihan atau dicampur dengan bahan kurang sihat seperti gula dan krimer boleh mengurangkan bahkan menjejaskan kesan positifnya.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
The post Rahsia Sihat & Bertenaga, Ini Manfaat Kopi Yang Ramai Tak Tahu first appeared on OHBULAN!.





