28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 2, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelajar Kurang Hormat Guru, Bell Ngasri Sokong Hukuman Diberikan – ‘Bukan Nak Belasah Tapi Biar Ada Rasa Takut’

    Shopee Sale

    Pelakon berpengalaman, Bell Ngasri menekankan tentang kepentingan mendidik anak-anak melalui teguran dan hukuman daripada guru.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Popular Sampai Ke New Zealand, Bell Ngasri ‘Dikejar’ Warden Parkir – ‘Ingatkan Nak Saman’

    Artikel Berkaitan: Bell Ngasri Berjaya Bawa Watak Serius, Lakonan Dipuji Netizen – ‘Serba Boleh, Semua Watak Boleh Bawa’

    Fenomena drama

    View this post on Instagram

    A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

    Ketika ditemui , pemilik nama Nasrizal Ngasri, 45, itu menjelaskan tindakannya memuat naik semula sedutan telefilem Pa’e di media sosial miliknya baru-baru ini.

    Menurut Bell, lakonannya bersama aktor Harun Hashim dalam telefilem tersebut membawa mesej tentang cara didikan guru terhadap pelajarnya, terutama untuk generasi muda yang berdepan dengan pelbagai masalah sosial.

    Saya muat naik semula sedutan drama itu supaya mereka boleh lihat bagaimana cara didikan guru pada zaman persekolahan saya dahulu.

    Bukanlah maksud saya mahu guru-guru jadi begitu (memukul) tetapi, saya nak murid rasa takut pada guru.

    Itu yang saya nak sedarkan pada generasi sekarang yang mungkin sudah kurang rasa hormat pada guru mereka.

    Bukanlah nak suruh cikgu belasah anak murid. Cuma nak timbulkan sedikit rasa takut dan gerun terhadap guru, paling penting untuk ada rasa hormat.

    Bell berkata demikan ketika ditemui pada sidang media drama siri Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

    MENARIK:  Hanya Sekali Lafaz, Rizky Febian & Mahalini Sah Bergelar Suami Isteri..Beri Jongkong Emas Sebagai Mas Kahwin

    Hukuman di sekolah

    Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH-35) itu turut berkongsi pengalamannya dihukum ketika dibangku sekolah.

    Saya pernah didenda menumbuk simen atas kesalahan dan kenakalan tetapi tangan saya tidaklah sampai cedera.

    Saya rasa tiada masalah kalau nak kembalikan hukuman seperti itu untuk mendidik mereka.

    Justeru, Bell berpendapat kaedah hukuman yang bersesuaian wajar diterapkan berikutan terdapat perbezaan ketara di antara pelajar generasi dahulu dengan sekarang.

    Kalau sampai tahap kurang ajar, mungkin boleh menggunakan rotan tapi bukan sehingga disebat seperti di dalam penjara.

    Malah saya benarkan cikgu untuk pukul anak saya kalau dia ada buat salah. Untuk mengajar dan membentuk dia, jadi apa salahnya.

    Dalam perkembangan lain, Bell bersama barisan pelakon antaranya Diana Danielle, Alif Satar, Arabella Allen dan Fimie Don bakal muncul dalam drama tersebut yang akan bersiaran pada 14 November ini di Astro Ceria.

    The post Pelajar Kurang Hormat Guru, Bell Ngasri Sokong Hukuman Diberikan – ‘Bukan Nak Belasah Tapi Biar Ada Rasa Takut’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah