30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #OBCallingFoodies: 7 Sebab Kenapa Perlu Makan Durian Di Bangi

    Shopee Sale

    Durian sudah lama menjadi nadi budaya rakyat Malaysia. Dari kampung ke bandar, baunya yang kuat sering menjadi tanda musim yang dinanti, memanggil peminat dari segenap lapisan masyarakat.

    Namun selama ini, durian hanya hidup dalam naratif warung tepi jalan atau dusun sederhana, tidak pernah benar-benar diangkat ke pentas antarabangsa dengan gaya yang sistematik dan profesional.

    Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: ‘Kampung Lah’ Saji 100 Hidangan Melayu, Resipi Turun Temurun Negeri Sembilan

    Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Restoran Chopsticks Asia Sedia Makanan Cina Halal, Sudah Masuk Fasa Akhir Untuk Dapat Sijil Dari JAKIM

    Namun, Bangi Golf Resort dan Bangi Resort Hotel memutuskan untuk mengubah perspeksi kerana durian boleh diangkat menjadi simbol agro-pelancongan moden, satu tarikan yang boleh meletakkan nama negara dalam peta pelancongan kulinari dunia.

    Berikut fakta-fakta menarik yang mengukuhkan lagi Bangi layak diangkat sebagai agro-pelancongan durian Malaysia:

    1. Diiktiraf Malaysia Book Of Records

    Bangi Resort Hotel secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Hotel & Resort Lima Bintang Mesra Durian pertama di Malaysia pada 14 Julai 2019.

    2. Farm To Table

    Bangi Farm Resort Sdn Bhd (BFR), memajukan tanah seluas 650 ekar menjadi pusat pertanian moden yang strategik, lengkap dengan perancangan tanaman, saliran, pengurusan nutrien dan sistem sokongan lestari.

    Bukan hanya durian yang ditanam, pelbagai varieti tebu, mulberi Taiwan, pisang eksotik dan avokado yang sering dianggap mustahil hidup di iklim Malaysia.

    Namun dengan pendekatan saintifik dan teknologi pertanian moden, kesemua hasil ini kemudian terus dialirkan ke dapur Bangi Resort Hotel, menjadikan setiap hidangan benar-benar konsep farm-to-table, bukan sekadar gimik pemasaran.

    3. Impian Dua Sahabat, Latar Belakang Berbeza

    Pertemuan antara Tan Ban Keat yang bekerjaya dalam industri telekomunikasi, membina perniagaan sendiri dengan Soh Chung Ky, seorang pengurus hotel berpengalaman yang juga Pengarah Eksekutif Bangi Resort Hotel membawa kepada penubuhan Bangi Farm Resort Sdn Bhd (BFR).

    MENARIK:  Ayah Danial Chuer Meninggal Dunia – ‘Saya Kehilangan Adiwira, Dia Adalah Sebab Saya Jatuh Cinta Dengan Muzik’

    4. Festival Durian & Kejuaraan Dunia Pertama Malaysia

    Pada 2018, Bangi Golf Resort menganjurkan Festival Durian & Kejuaraan Dunia pertama Malaysia, menghimpunkan pekebun elit, saintis, pengedar dan peminat durian dalam satu platform berprestij.

    World Durian Championship Malaysia Edition turut diperkenalkan sebagai pertandingan berstruktur yang menilai pelbagai kategori durian seperti Musang King dan Black Thorn berdasarkan rasa, tekstur dan aroma. Forum dan seminar juga diadakan untuk membincangkan penyelidikan serta potensi genetik durian tempatan.

    5. Ekosistem Lestari 

    Ekosistem lestari ialah penggunaan larva lalat tentera hitam, yang berfungsi menukar sisa makanan dapur hotel menjadi sumber protein berkualiti tinggi untuk ikan ternakan.

    Bangi membuktikan bahawa pertanian moden dan pelancongan mewah boleh wujud dalam satu ruang yang sama, saling menyokong dan menjaga kelestarian alam.

    6. Negeri Lain Patut Contohi

    Ketika pandemik COVID-19, Bangi cepat menukar strategi dengan memperkenalkan makanan sedia masak beku dan memperluaskan pasaran hasil ladang mereka ke restoran sekitar Lembah Klang, memastikan rantaian perniagaan terus bernafas.

    Apa yang dilakukan di Bangi sepatutnya dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain di Malaysia.

    7. Perintis Sebenar

    Kini, pelawat ke Bangi bukan sahaja datang untuk menginap di hotel cantik atau bermain golf. Mereka datang untuk melihat bagaimana sebuah dusun moden dijalankan, bagaimana sisa dapur ditukar menjadi sumber baharu, bagaimana avokado yang kononnya tak sesuai pun boleh berbuah, dan yang paling penting, bagaimana durian akhirnya mendapat pentasnya sendiri yang setanding produk agro mewah dunia.

    Inilah sebab Bangi layak digelar perintis sebenar agro-pelancongan durian Malaysia. Bangi bukan sekadar mengangkat durian untuk dijual, tetapi menjadikan durian sebagai simbol masa depan industri pertanian, hospitaliti dan pelancongan Malaysia yang moden, profesional dan bertaraf antarabangsa.

    The post #OBCallingFoodies: 7 Sebab Kenapa Perlu Makan Durian Di Bangi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah