Sekali lagi hantaran yang dimuat naik bekas isteri kepada pemain bola sepak negara Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril telah meraih perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Hashtag Bekas Isteri Faisal Halim Undang Spekulasi – ‘Curang Itu Pilihan, Bukan Kebetulan’
Artikel Berkaitan: Faisal Halim, Isteri Sah Bercerai Talak Dua Selepas Enam Tahun Berkahwin
Anak tahu?

Menerusi hantaran di Instagram Story, Nur Syazwani meluahkan rasa kecewa terhadap seseorang dengan mendakwa individu tersebut menyembunyikan sesuatu, sedangkan anaknya mengetahui akan hal sebenar.
Nak sembunyi-sembunyi tapi buat kerja tak clean, anak yang bercerita, ‘bersayang-sayang’..’love you too’ bagai.
Masih nak menafikan lagi?
Orang tuding aku yang salah dan tak betul.
Dalam hantaran yang berlainan, Nur Syazwani menegaskan bahawa dia terpaksa untuk bersuara dan bertindak sedemikian demi mempertahankan diri daripada fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
Selagi orang tak sentuh aku, aku memang akan tenang sahaja. Tapi sampai bila aku nak diam dan biar orang hina, fitnah dan tuduh aku yang bukan-bukan?
Tak ada orang yang nak ke depan untuk pertahankan maruah aku pun melainkan diri sendiri.
Bila berkaitan dengan anak aku memang tak boleh.
Terdahulu, Nur Syazwani dan Faisal dilaporkan sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Talak pertama dilafazkan pada 11 Jun lalu namun mereka kembali rujuk pada hari yang sama. Lafaz kedua pula dilakukan pada 10 November lalu.
Untuk rekod, Nur Syazwani dan Faisal mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan.
Sumber: IG Nur Syazwani
The post ‘Nak Sembunyi Tapi Anak Bercerita Bersayang-Sayang Bagai, Masih Nak Nafikan?’- Bekas Isteri Faisal Halim first appeared on OHBULAN!.





