25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Najwa Latif Alami Keguguran Anak Pertama – ‘Alhamdulillah, Allah Bagi Pinjam 5 Minggu’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Najwa Latif berkongsi berita sedih memaklumkan dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah lima minggu.

    Alami keguguran

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Najwa atau nama lengkapnya Imratul Najwa Abdul Latif, 29, meminta maaf kerana tidak dapat dihubungi memandangkan dirinya baru sahaja mengalami keguguran anak pertama.

    Saya hanya ingin memberitahu kepada semua, saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang.

    Saya mengalami keguguran. Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara ini kerana ia terasa sangat peribadi untuk saya dan suami.

    Rasa syukur

    Sementara itu, pelantun lagu Cinta Muka Buku ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat dan doa buat dirinya.

    Tetapi, saya sangat menghargai semua kata-kata baik anda. Terima kasih kerana memikirkan saya semasa waktu yang sukar ini.

    Jika boleh, izinkan kami bersedih dalam diam. Simpanlah kami dalam doamu. Semoga semua fikiran dan doa anda dikembalikan kepada anda juga. Terima kasih.

    Dalam pada itu, Najwa meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk merasai pengalaman hamil meskipun kandungannya baru berusia lima minggu.

    Alhamdulillah. Allah bagi pinjam 5 minggu but see you when we see you, bebibu.

    Untuk rekod, Najwa mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap, Akwa Arifin pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

    MENARIK:  Isteri Diceraikan Selepas Beranak Secara ‘Caesar’, Suami Tak Terima Anak Kulit Gelap

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah