Seorang pempengaruh dari Austria, Stefanie Pieper dibunuh dan mayatnya disorok dalam bagasi sebelum ditanam di dalam hutan.
Mayat dalam bagasi, ditanam

Memetik laporan NDTV, mangsa yang hilang selepas pulang dari sebuah pesta pada 23 November lalu dipercayai dibunuh oleh bekas kekasihnya.
Menurut Polis Negeri Styrian, mangsa, 31, menghantar mesej kepada seorang rakan memberitahu bahawa dia selamat sampai namun tidak lama kemudian dia sekali lagi memaklumkan ada seseorang di tangga rumahnya.
Jiran tetangga mendakwa terdengar pertengkaran selain melihat bekas kekasih Pieper berada di bangunan tersebut. Selepas Pieper gagal dihubungi, ahli keluarga bertindak membuat laporan polis berhubung kehilangannya.
Pada 24 November, pihak berkuasa Slovenia melaporkan bahawa sebuah kereta terbakar di parkir kasino berhampiran sempadan Austria-Slovenia, yang disahkan milik lelaki bekas kekasih Pieper.
Hasil soal siasat, suspek mengaku telah mencekik Pieper, menyembunyikan mayatnya dalam bagasi dan menguburkannya di hutan Slovenia. Suspek kemudian membawa pihak berkuasa ke lokasi mayat tersebut.
Pihak polis turut mengesahkan penahanan dua ahli keluarga suspek iaitu abang dan bapa tirinya untuk membantu siasatan.
Sumber: NDTV
The post Mayat Pempengaruh Ditemui Dalam Bagasi, Ditanam Di Hutan first appeared on OHBULAN!.





