
Penyanyi baharu, Dina Rjeu dan Amad Fadlin tampil dengan lagu Hari Raya berjudul ‘Sejahtera Raya Bersama’.
‘Sejahtera Raya Bersama’

‘Sejahtera Raya Bersama’ mengangkat tema kegembiraan dan kebersamaan dalam meraikan sambutan Aidilfitri selepas sebulan umat Islam berpuasa.
Menurut Dina atau nama sebenar Puteri Addina, lagu ini bukan sekadar hiburan tetapi juga membawa sebuah makna mendalam.
Kami nak lagu ini jadi simbol kegembiraan dan kebersamaan. Harapnya, ia boleh jadi sebahagian daripada tradisi Raya untuk tahun-tahun akan datang.
Sementara itu, Amad Fadlin pula mengakui teruja dan tidak sabar menantikan kreativiti peminat yang akan menghidupkan lagu ini dengan cara mereka sendiri.
Lagu ni ada vibe yang seronok dan mudah diikuti. Tak sabar nak tengok kreativiti korang semua dalam challenge nanti.
Lagu ini juga hadir dengan cabaran tarian #SejahteraRayaChallenge di mana sesiapa sahaja boleh menunjukkan kreativiti menari dan berpeluang menang iPhone16 serta hadiah menarik lain.
Sekadar info, Dina merupakan vokalis utama All-Girls Pop Rock Galau Band yang terkenal dengan gaya muzik pop rock, funk, dan jazz yang unik.
Selain menyanyi, Dina juga berbakat dalam bidang pengacaraan, menjadikannya seorang penghibur serba boleh.
Manakala, Amad Fadlin pula seorang penyanyi bersuara lunak yang boleh bawakan pelbagai genre, dari tradisional ke moden.





