26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jofliam Enggan Dedah Punca Perceraian, Tak Nak Buka Aib Sesiapa – ‘Saya Ada Maruah, Terima Kasih Kepada Yang Fitnah Saya’

    Shopee Sale



    Kemelut rumah tangga usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam dan Cik Epal akhirnya berakhir dengan perceraian. Malah spekulasi mengenai Jofliam berlaku curang juga adalah tidak benar.

    ‘Perjuangan saya untuk Han Yuki pula’

    Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar, 36, enggan mengulas lebih lanjut berhubung punca perceraiannya dengan bekas isteri kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.

    Sebaliknya, dia akan meneruskan kehidupannya demi dua orang anak tercinta iaitu Han dan Yuki.

    Saya ada maruah, maruah saya tetap terjaga untuk anak-anak saya. Punca perceraian sebenar biarlah saya jaga supaya tiada aib sesiapa terbuka. Cukup sampai di sini sahaja.

    Perjuangan saya untuk Han Yuki pula.

    ‘Terima kasih fitnah saya’

    Sementara itu, Jofliam memberitahu bahawa dia telah pun memaafkan semua individu yang pernah menaburkan fitnah terhadapnya.

    Terima kasih kepada semua yang menfitnah saya. Saya ampunkan semua.

    Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

    MENARIK:  Bapa Mentua Ryzal Ibrahim Tak Bagi Datang Rumah, Bimbang Salji Tebal Di Korea Selatan – ‘Bahaya, Terlalu Banyak Kemalangan’

    Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.

    Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah