26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 14, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FD4: Sharif Mengaku Silap Sebut Nama Siti Nurhaliza, Anggap Tersasul Atas Pentas Perkara Biasa – ‘Saya Gugup’

    Shopee Sale



    Famili Duo

    Hos program Famili Duo 4 (FD 4), Sharif Zero mengakui kesalahanya tersilap menyebut nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert minggu kedua yang berlangsung Ahad lalu.

    Gugup

    Famili Duo

    Bagaimanapun, kara Sharif, 34, tersasul atau ‘fumble’ dalam mengacarakan program dianggap perkara biasa dan ditambah dengan perasaan gugup.

    Mungkin di luar sana ramai yang tidak tahu, saya masih baharu dan apabila menerima input itu secara tiba-tiba ketika sedang berada di atas pentas, perkara sebegitu membuat saya berasa gugup.

    Pada saya benda itu perkara biasa. Kalau ditanya kepada mana-mana pengacara apabila mereka mendapat maklumat penting, mereka akan terkial-kial untuk mencari kata yang sesuai untuk diucapkan. Lagipun saya ini pelawak, jadi bagi saya itu (tersasul) perkara biasa.

    Sharif berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert minggu kedua FD 4 yang berlangsung di Studio NT7, Glenmarie Shah Alam, pada Ahad.

    MENARIK:  Penampilan Agong Mengejutkan di Buletin Utama dengan Menggunakan Telefon Lipat Super Nipis

    Insiden itu berlaku ketika Sharif ingin memberkenalkan duo sepupu Tomok dan Shahrul Kamal yang mempersembahkan lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

    Proses belajarSharif Zero

    Tutur Sharif lagi, bidang pengacaraan masih baharu untuknya dan mengakui masih banyak perlu dipelajari termasuk menyesuaikan diri di atas pentas.

    Tidak mengambil hati mengenai kritikan dilemparkan netizen, Sharif sebaliknya mengambil perkara itu sebagai pembakar semangat.

    Pada minggu pertama lagi saya sudah menerima banyak komen. Ada yang memberi semangat dan kecaman termasuk mengatakan saya tidak sesuai untuk jadi pengacara.

    Saya tidak peduli dengan komen itu kerana sudah lali dengan setiap kecaman netizen.

    Kritikan mereka itu ibarat cubit, jentik pun tidak berasa sakit sebab saya ini seorang yang kebal dengan kecaman.

    Biar apa mereka kata, saya akan buktikan yang saya boleh mengacara dengan lebih baik.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah