28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ceddy Ang Kecewa, Dakwa Segelintir Rakan Artis Tak Sokong Single Pertama – ‘Masa Saya Keluar Lagu Mereka Senyap’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Ceddy Ang kesal apabila terdapat segelintir rakan artis didakwa tidak menyokong dirinya selepas melancarkan single pertama yang berjudul, ‘Selangkah’.

    Artikel Berkaitan: Ceddy Ang Lancar Single Sulung ‘Selangkah’, Karya Sentuhan Amir Jahari

    Artikel Berkaitan: VIDEO] Ceddy Ang Mohon Tidak Generalisasikan Orang Cina Tak Mandi – ‘Anda Tak Bau, Bukan Bermaksud Orang Lain Tak Bau’

    Luahan Ceddy

    Menerusi hantaran di Threads, Ceddy meluahkan rasa kecewa berikutan rakan-rakan artis berkenaan tidak membantu mempromosikan lagu tersebut sedangkan dirinya sering memberikan sokongan kepada mereka.

    Industri ini memang pelik dengan manusia bermacam-macam.

    Sebelum saya keluar lagu, ada artis yang minta saya tolong promote lagu, pergi showcase dia dan sebagainya.

    Saya akan bantu, masa saya keluar lagu senyap dan saya tahu mereka lihat hantaran saya semasa saya banyak buat promosi.

    Nasib baik saya ada pengikut yang sangat memberi sokongan, kalau nak harap pada ‘rakan artis’ sahaja, mampus.

    Bagaimanapun, Ceddy tetap bersyukur kerana terdapat segelintir rakan artis yang masih menghargai dirinya.

    Bukanlah tiada langsung rakan artis yang menyokong.. Mimifly, Yuna, Aina Abdul, Daiyan Trisha, Claudia, Noryn Aziz, Ning Baizura, Ayda Jebat dan yang lain. Mereka artis yang akan menyokong dan saya sangat bersyukur.

    Terdahulu, Ceddy mengembangkan bakatnya dalam arena muzik selepas melancarkan lagu sentuhan penyanyi dan penulis lirik, Amir Jahari tersebut.

    MENARIK:  Fiza Frizzy Tegur Sikap Seorang Penyampai Radio? – ‘Pamer Watak Sopan, Sebenarnya Manusia Paling Biadab’

    Difahamkan Amir mendapat inspirasi lagu itu daripada perbualan mendalam bersama Ceddy tentang liku kehidupan, pengalaman peribadi, serta cabaran emosi yang sering tersembunyi di sebalik imejnya.

    Sumber: Threads

    The post Ceddy Ang Kecewa, Dakwa Segelintir Rakan Artis Tak Sokong Single Pertama – ‘Masa Saya Keluar Lagu Mereka Senyap’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah