30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cakra Khan Faham Perasaan Zazleen, Miliki Suara Unik – ‘Orang Kata Suara Saya Berkahak’

    Shopee Sale



    Memiliki tone suara yang unik, penyanyi Indonesia Cakra Khan mengakui memahami perasaan yang dirasai oleh peserta program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Zazleen apabila suaranya dikritik ramai.

    Alami situasi sama

    Cakra yang juga juri tetap CSOIAM berkata sebelum ini dia pernah mengalami situasi yang sama yang dihadapi Zazleen.

    Bercerita lanjut, Cakra berkata keunikan suaranya membuatkan dia lebih berhati-hati memilih lagu.

    Memang cabaran Zazleen sama dengan saya. Pertama kali saya masuk industri ini, ramai yang sering berkata suara saya berkahak.

    Disebabkan itu, saya agak memilih untuk membawa sesebuah lagu. Dengan itu, kita boleh menggunakan dengan secara maksima ciri khas kita.

    Jelasnya, suara yang serak-serak basah itu membuatkan dirinya lebih menonjol daripada yang lain.

    Tambah Cakra, dia menggunakan keistimewaan itu sebagai satu kekuatan dalam menyampaikan sesebuah lagu.

    MENARIK:  Remaja Bawah Umur Ajak 9 Kawan Perkosa Kekasih Usia 14 Tahun, Siap Rekod & Sebar Video Di Media Sosial

    Katanya, pemilihan lagu juga memainkan peranan, kerana ia mengambil kira bagaimana ciri pembawakan lagu itu.

    Saya pun ada masa di mana saya memilih untuk menyanyikan sesebuah lagu tersebut.

    Kerana bila kita menyanyikan lagu itu dengan suara kita yang sedikit berbeza dengan yang lain mungkin akan kedengaran kurang sedap.

    Pesanan untuk Zazleen

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Kekasih Bayangan’ turut meninggalkan pesanan buat Zazleen supaya tidak berasa sedih dengan komentar yang ditinggalkan orang ramai.

    Saya cakap tak perlu rasa sedih.

    Sebaiknya, perlu tunjukkan kepada mereka meskipun suara lain dari yang lain namun ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah