26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Waran geledah cacat pun boleh guna, baik tak payah ada langsung'

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Cadangan memasukkan Seksyen 248 (A) Akta Komunikasi dan Multimedia yang menetapkan pemeriksaan dan penyitaan boleh dilakukan meskipun waran geledah yang diterima cacat disanggah wakil rakyat pembangkang.

    Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) berkata sekiranya pindaan tersebut diluluskan adalah lebih baik waran geledah tidak diperlukan langsung.

    “Realitinya, walaupun ada huraian tetapi ruang untuk salah guna kuasa masih ada dan Seksyen 248, waran yang cacat pun boleh diterima.

    “Kalau macam ini, saya tak tahulah kalau peguam-peguam yang ada dalam Dewan ini, apa pandangan (mereka kalau) waran yang cacat pun boleh diterima?

    “Baik kita buat peraturan tak payah langsung ada waran kalau yang cacat pun boleh diterima,” katanya dalam sesi perbahasan RUU Komunikasi dan Multimedia (pindaan 2024) di Dewan Rakyat hari ini.

    Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam pembentangan RUU Komunikasi dan Multimedia (pindaan 2024) di Dewan Rakyat hari ini berkata Seksyen 248 dipinda dengan memasukkan Seksyen 248 (A) iaitu waran boleh diterima walaupun cacat.

    “Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan bagi waran itu dan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, rekod atau benda lain yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding,” katanya.

    MENARIK:  'Ramasamy perlu bertanggungjawab jika pengundi pilih Adun tak tepat'

    Mengulas lanjut, Wan Saiful mengakui banyak perkara baik dalam pindaan RUU terbabit, namun ada perkara memperlihatkan kerajaan sedaya upaya untuk menafikan hak rakyat di negara ini.

    “Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 5 dan 10 memberi hak yang tertentu kepada setiap rakyat tetapi nampaknya kerajaan ini berusaha sedaya upaya untuk menafikan hak-hak tersebut.

    “Saya juga dapat banyak input daripada NGO dan syarikat yang terbabit dan mungkin ada impak daripada pindaan ini, ada di kalangan syarikat yang terbabit yang takut-takut untuk berkongsi pandangan dengan kita di sebelah sini (pembangkang) kerana bimbang kalau kena tindakan oleh pihak kerajaan.

    “Nak bercakap dengan pembangkang pun suasananya dah takut sekarang, cuba bayangkan sekiranya pindaan ini diluluskan seperti mana yang sedia ada,” katanya.

    Jelasnya lagi, kerajaan perlu mempertimbangkan semula pelaksanaan dan pindaan RUU terbabit.

    "Jnji nak mansuh, tolonglah mansuhkan supaya kerajaan ini tidak berterusan membohongi rakyat,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah