27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tiada maaf bagimu ‘ – Perkasa tuntut dua editor Sin Chew dipecat

    Shopee Sale

    Beberapa aktivis hak Bumiputera menggesa pihak pengurusan Sin Chew Daily memecat dua pengarangnya berhubung ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di muka depan akhbar itu.

    Bercakap kepada wartawan di luar ibu pejabat akhbar berbahasa Cina itu di Petaling Jaya, Ketua Pemuda Perkasa Zool Amali Hussin dan lapan yang lain menolak permohonan maaf Sin Chew Daily berikutan kesilapan akhbar tersebut.

    "Kami Wira Perkasa Malaysia menolak permohonan maaf. Tiada maaf bagimu.

    MENARIK:  Gempur Rasuah Sabah bantah lanjutan tempoh Azam Baki

    "Kami menuntut syarikat ini memecat kedua-dua editor itu.

    “Jika tidak, Wira Perkasa Malaysia menggesa kerajaan, Kementerian Dalam Negeri menggantung lesen penerbitan kepada Sin Chew Daily kerana ia jelas mencalarkan imej Malayisa," kata Zool Amali, juga dikenali sebagai Bozz Jebat.

    Pada Selasa, akhbar berbahasa Cina itu menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di muka depannya ketika membuat liputan lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah