Kerajaan tidak akan membentuk monopoli dalam industri elemen nadir bumi (REE) seperti berlaku dalam bidang minyak dan gas melalui syarikat negara Petronas.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu Dewan Rakyat, kerajaan memang berhasrat mencontohi kejayaan Petronas tetapi tidak akan mewujudkan entiti sebegitu dalam bidang REE.
“Walaupun ada pelbagai juga dibangkitan oleh beberapa YB nak buat Petronas sebagainya bagi REE, (perkara ini) tidak timbul sebab kita mahu menggunakan Akta Pembangunan Mineral dan juga Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada.
“Apa-apa pun kita akan melalui Akta Pembangunan Mineral 1994 untuk kita tambah baik.
“Tapi kita tak berhasrat untuk membuat satu syarikat monopoli dan sebagainya. Jadi itu yang kita hasratkan dan buat masa ini,” katanya.
[Baca berita asal]