25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Susah nak percaya pada 'pemfitnah berulang' – Syahredzan

    Shopee Sale

    Seoran pemimpin DAP menasihati Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, supaya insaf daripada melakukan fitnah selepas dia didapati melakukan perbuatan tersebut berulang kali.

    Nasihat itu diberikan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, kerana berpendirian, sangat sukar lagi untuk sesiapa mempercayai seseorang yang menjadi pemfitnah berulang (serial defamer).

    Dengan kecenderungan dibuat ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Perak itu, kata Syahredzan, pihaknya terdorong untuk meyakini pengakuan keterlanjuran itu dibuat bukan atas niat yang ikhlas.

    “Susah untuk kami percaya pada pemfitnah berulang.

    "Kami cenderung percaya bahawa Haji Razman hanya mengakui kekhilafannya sebab sudah tular dan takut kena saman macam YB PAS yang lagi satu.

    “Insaflah wahai Haji Razman,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

    Syahredzan yang juga seorang peguam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Razman yang menyalahkan media kerana melaporkan ucapannya di sebuah program malam tadi di Seri Iskandar, Perak.

    Dah terang lagi bersuluh

    Dalam ucapan bersemangat itu Razman - yang sebelum ini pernah membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim; Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad; dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming - mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh merupakan anak kepada hartawan dan pengasas syarikat YTL Corp Bhd (YTL), Yeoh Tiong Lay.

    Bagaimanapun sejurus selepas ucapan itu dilaporkan media, Razman mengaku melakukan kesalahan dan terus memohon maaf kepada Yeoh dan YTL.

    “Saya mengakui kesilapan fakta tentang kaitan Hannah Yeoh dan syarikat gergasi YTL.

    "Saya mengakui bahawa Hannah Yeoh tiada kaitan dengan tokoh korporat atau syarikat YTL. Ia kesilapan petikan yang berlaku tanpa sengaja

    “Dengan kenyataan ini saya menyatakan kekesalan dan pernyataan maaf kepada pihak YB Hannah Yeoh dan YTL serta mana mana pihak yang terkesan atau tersentuh dengan kenyataan atas kekeliruan fakta tersebut,” kata Razman.

    MENARIK:  Belanjawan sisih orang India? Ramanan ingatkan jangan putar-belit

    Dalam kenyataan berasingan, Adun Gunong Semanggol itu juga menyalahkan Malaysiakini kerana kononnya memetik ucapan berkenaan secara terpilih.

    Razman Zakaria

    “Saya mengikuti pemberitaan yang disiarkan Malaysiakini berkaitan ceramah saya dalam program di Seri Iskandar semalam.

    “Pemberitaan yang merujuk ayat saya tentang Hannah Yeoh kira kira kurang sepuluh saat dari keseluruhan ceramah lebih setengah jam.

    “Saya mengakui kesilapan fakta tentang kaitan Hannah Yeoh dan syarikat gergasi YTL. Saya mengakui bahawa Hannah Yeoh tiada kaitan dengan tokoh korporat atau syarikat YTL,” katanya.

    YTL diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay dan kini anaknya Francis Yeoh Sock Ping bertindak sebagai pengerusi eksekutif syarikat tersebut.

    Yeoh pula secara bersahaja mengingatkan Razman dan pengikutnya di media sosial bahawa “bukan semua Yeoh ada pertalian keluarga.”

    Setiausaha sulit Yeoh, Nor Miswary Ramli, pula memuat naik video tersebut sambil mendakwa orang PAS sering tidak meneliti fakta sebelum membuat sebarang tuduhan.

    Hannah Yeoh

    Syahredzan berkata, Razman sebenarnya tidak perlu memberi ‘mukadimah’ tengang video itu dipotong atau alasan lain, sebaliknya elok mengaku sahaja kesilapan dan memohon maaf.

    “Itu semua alasan, apa yang Haji Razman cakap dalam video itu terang lagi bersuluh.

    “Kalau sekali buat, kami boleh bersangka baik. Tetapi Haji Razman sudah berkali-kali memfitnah.

    “Kita sebagai pemimpin, orang tengok pada kita untuk menunjukkan contoh yang baik.

    "Haji tanya diri Haji - adakah dengan fiil (peranangai) seperti ini Haji Razman menjadi contoh yang baik kepada ahli-ahli PAS yang lain, dan rakyat secara amnya?” katanya.

    Pada 2023 Razman pernah kalah saman fitnah dikemukakan Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng dan diarahkan membayar RM250,000 oleh mahkamah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah