28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 2, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Serbuan ke atas ‘spa gay’ tak langgar privasi – menteri

    Shopee Sale

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail tampil mempertahankan tindakan pihak polis menyerbu sebuah kelab kesihatan yang didakwa terbabit kegiatan seks songsang.

    Saifuddin menegaskan serbuan itu tidak melanggar privasi mereka yang menyaksikan 208 individu ditahan.

    Dia berkata serbuan dilakukan melalui intipan yang telah lama dijalankan dan penahan berlaku di premis awam.

    "Privasi kalau seorang diri di rumah, ini premis awam dengan 201 orang, privasi apa lagi...

    “Itu perbuatan tak bermoral, tak boleh dipertahankan oleh mana-mana agama," katanya pada sidang media selepas Majlis Simposium Suruhajaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) di Kuala Lumpur, hari ini.

    Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan terhadap serbuan itu yang didakwa melanggar privasi individu terbabit serta maklumat peribadi mereka disebarkan.

    Terdapat akaun Facebook milik aktivis politik dipercayai menyebar maklumat peribadi termasuk mendedahkan nama, pekerjaan serta gambar sebahagian individu yang ditangkap dalam operasi itu.

    Pendedahan itu membabitkan individu yang dipercayai bekerja di kementerian kerajaan.

    Semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam serbuan pada 28 Nov di sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut — yang didakwa sebagai pusat “gay” — sehingga membawa kepada penahanan 201 individu.

    Timbalan Pengerusi Pemuda PSM, Muhammad Aiman Mohd Sees menyifatkan serbuan itu sebagai tindakan sembrono serta mencabuli hak asasi, selain mendakwa berlaku pencabulan maklumat peribadi.

    Dia turut mendakwa identiti suspek tersebar akibat kehadiran media yang dibenarkan mengikuti serbuan.

    “Sejak tiga hari lalu, pelbagai maklumat peribadi tersebar di media sosial, termasuk demografi, tempat kerja dan status perkahwinan suspek.

    “Malah, ada akhbar dalam talian yang menerbitkan laporan yang tidak sensitif terhadap maklumat peribadi suspek, seolah-olah tiada etika kewartawanan,” katanya.

    Sebelum ini, sebuah NGO yang memperjuangkan hak komuniti LGBTIQ+ juga mengecam tindakan pihak berkuasa menyerbu sebuah premis di Kuala Lumpur malam tadi, yang menyaksikan 201 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti “gay”.

    MENARIK:  Ling dakwa suami tipu, jual daging tak halal dilabel halal - laporan

    Justice for Sisters (JFS) berkata operasi melibatkan polis, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bersifat diskriminasi kerana menyasarkan sebuah “pusat kesihatan” semata-mata berdasarkan golongan yang mengunjunginya.

    Menurut laporan media, pihak berkuasa menahan 201 lelaki berusia antara 19 hingga 60 tahun yang berada di fasiliti tersebut di Jalan Raja Laut selepas menerima maklumat awam dan menjalankan pengawasan selama dua minggu.

    Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Mohd Azani Omar dipetik BH Online berkata risikan mendapati terdapat “aktiviti tidak bermoral” di premis tersebut melibatkan lelaki gay.

    Mengulas lanjut, Saifuddin mengakui ada kekangan undang-undang yang menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan mereka yang ditahan.

    Saifuddin berkata dia telah mendapat taklimat daripada Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus yang akhirnya merumuskan ada keperluan untuk melihat semula undang-undang sedia ada.

    "Pada akhir taklimat ada keperluan untuk melihat kembali undang-undang sedia ada...dengan kekagangan masa untuk lengkapan kertas siasatan (IP)...ianya tidak memadai untuk ambil tindakan.

    "Bukan bermaksud siasatan terhenti, lepas dengan jaminan polis ada keperluan panggil kita akan panggilnsemula," kata Saifuddin lagi.

    Terdahulu, Malaysiakini melaporkan polis berdepan jalan buntu kerana tiada bukti yang boleh menyokong pendakwaan walaupun siasatan dijalankan bawah Seksyen 377 dan 372 Kanun Keseksaan.

    Seksyen 377 merujuk kepada pelbagai kesalahan berkaitan hubungan seks luar tabii manakala Seksyen 372 pula merujuk kesalahan pelacuran.

    Semalam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil keterangan dan merakam percakapan sekumpulan lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral di sebuah kelab kesihatan di ibu negara pada Jumaat lepas.

    Siiasatan Jawi berkaitan Seksyen 25 (Liwat), Seksyen 29 (Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam) dan Seksyen 47 (Percubaan) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559)

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah