25.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rapid KL tawar ganjaran sehingga RM10 kepada penumpang bas perantara

    Shopee Sale

    Penumpang bas Rapid KL berpeluang menebus pin e-dompet Touch ’n Go (TNG) sehingga RM10 dengan menaiki bas peranantara menerusi kempen #JomNaikFeeder 2.0 bermula hari ini hingga 30 Nov.

    Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan setiap 20 perjalanan lengkap melayakkan penumpang menebus pin e-dompet TNG bernilai RM5 manakala 30 perjalanan membolehkan penebusan RM10.

    “Penumpang hanya perlu mendaftar dengan mengimbas kod respons pantas (QR) disediakan di dalam bas peranantara dan menggunakan kad sama bagi mengumpul perjalanan dengan 1,000 penumpang terawal akan dipilih untuk penebusan,” menurut kenyataan itu.

    Kempen terbuka kepada semua pengguna tanpa tunai perkhidmatan bas peranantara Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) bagi pemegang Pas My50, MyCity, MyTourist, Kad Konsesi MyRapid, OKU Smile dan pengguna kad TNG.

    MENARIK:  Badan Peguam sokong tubuh RCI kes di rumah amal dikait GISBH

    Rapid KL menyasarkan pertumbuhan jumlah penumpang sebanyak 6.8 peratus sepanjang tempoh itu berbanding fasa pertama kempen yang mencatatkan purata jumlah penumpang bas sebanyak 5.5 peratus pada hujung tahun lepas.

    “Kempen ini jelas membuktikan bas peranantara semakin mendapat tempat sebagai pilihan utama perjalanan batuan pertama dan akhir (first-and-last mile),” menurut kenyataan itu.

    Pemangku Ketua, Pengurusan Pengalaman Pihak Berkepentingan dan Pemasaran Kumpulan, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) Ashok Panchalingam berkata kejayaan #JomNaikFeeder 1.0 mencetuskan inspirasi untuk meneruskan usaha itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah