29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis rujuk kertas siasatan kes DJ Era FM ke peguam negara

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merujuk kertas siasatan berhubung kes video tular memaparkan tiga penyampai radio Era FM milik Astro didakwa mempersendakan upacara agama lain ke Jabatan Peguam Negara (AGC), hari ini.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama berkata setakat ini, polis menerima 73 laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    “Buat masa ini tiada lagi individu lain dipanggil memberi keterangan,” katanya ringkas.

    Semalam, enam individu daripada stesen radio itu hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan dengan siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

    MENARIK:  Dr Dzul mahu kematian doktor di hospital Lahad Datu disiasat

    Razarudin sebelum ini memaklumkan semakan polis mendapati rakaman video itu sudah ditonton 95,400 kali dan turut dikongsi 204 pengguna di media sosial, namun pemeriksaan dilakukan mendapati video tersebut telah dipadamkan pihak stesen radio berkenaan.

    Setelah menerima kecaman, tiga penyampai radio itu tampil memohon maaf terhadap perbuatan mereka yang dilihat mempersendakan upacara agama Hindu.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci, setelah menerima aduan pelbagai pihak berhubung tindakan penyampai radio berkenaan.

    Astro Audio juga telah memaklumkan tiga penyampai radio terlibat direhatkan daripada ke udara sehingga diberitahu, sementara menunggu siasatan dalaman syarikat berhubung insiden itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah