27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marina Yusoff: Hilangnya sebutir bintang politik tiga era

    Shopee Sale

    Dunia politik tanah air kehilangan seorang tokoh wanita kental, Marina Yusoff, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun petang semalam.

    Menurut Bernama, kepulangan Allahyarham yang juga ibu kepada pelakon terkenal, Ida Nerina, berlaku di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara pada jam 5.16 petang akibat faktor usia.

    Jenazah akan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 10 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di Kuala Lumpur.

    Pejuang tiga zaman

    Marina bukan sekadar nama biasa dalam lipatan sejarah Malaysia. Dia merupakan antara watak penting yang mewarnai dinamika politik negara menerusi penglibatan dalam tiga parti besar:

    Era Umno: Pernah memegang mandat sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan Exco Wanita.

    Era Semangat 46: Menjadi pengasas bersama parti tersebut bersama Tengku Razaleigh Hamzah selepas krisis kepimpinan Umno 1987.

    MENARIK:  PKR belum muktamad calon PRN Sabah - Saifuddin

    Semasa perpecahan besar Umno pada 1987 antara kem Dr Mahathir Mohamad (Kem A) dan kem Tengku Razaleigh (Kem B), Marina merupakan penyokong tegar kumpulan B.

    Dia juga memainkan perananan penting dalam kes mahkamah yang akhirnya membawa kepada pengisytiharan Umno sebagai pertubuhan tidak sah atau diharamkan oleh mahkamah pada tahun 1988.

    Era Reformasi: Antara pelopor awal penubuhan PKR dan pernah menggalas tanggungjawab sebagai naib presiden parti berkenaan.

    Allahyarham kemudian meletak jawatan daripada PKR dengan alasan kesihatan dan mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.

    Selain profil politik yang versatil, Allahyarham merupakan seorang pengamal undang-undang dan usahawan yang disegani sebelum memilih untuk bersara daripada arena politik bagi menumpukan perhatian kepada kesihatan dan perniagaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah