25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KL City mengeluh lepas beri pemain untuk Harimau Malaya

    Shopee Sale

    Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Miroslav Kuljanac menjangkakan laluan sukar menanti anak buahnya dalam pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi dua perlawanan suku akhir Piala Malaysia, selepas kekalahan 0-3 kepada pasukan itu dalam Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

    Kuljanac berkata ketiadaan dua pemain utama seperti Paulo Josue dan Muhammad Haqimi Azim Rosli yang mewakili skuad Harimau Malaya dalam Piala ASEAN 2024, bakal memberikan impak signifikan kepada pasukan.

    "Kami tidak banyak pilihan pemain di bangku simpanan. Bukan mudah dan sekarang saya jangkakan situasi yang lebih sukar memandangkan Declan Lambert juga akan pergi mewakili pasukan kebangsaan.

    "Tanpa banyak pemain, kami kena tunggu dan lihat dan saya perlu lakukan sesuatu untuk memastikan kami mampu mengharungi perlawanan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi.

    Beliau turut berharap pemainnya kekal sihat dan mengelakkan kecederaan bagi menghadapi perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Harimau Selatan dengan perlawanan pertama pada 13 Dis dan timbal balik pada 21 Dis ini.

    MENARIK:  Polis buka kertas siasatan kes kecoh lepas JDT lawan KL City

    Sementara itu, ketua jurulatih JDT Hector Bidoglio berpuas hati dengan persembahan pasukanya dan memuji pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi atas jaringan hatrik yang memastikan kejayaan mereka malam tadi.

    Beliau berkata fokus kini beralih kepada perlawanan Piala Malaysia menentang KL City.

    "Piala ini sangat penting buat kami, jadi kami mesti kekal fokus, terus membaiki dan berusaha meningkatkan kemahiran setiap pemain bagi meneruskan momentum kemenangan kami," katanya.

    Hector Bidoglio

    Dalam perlawanan malam tadi, Arif Aiman menjaringkan gol hatrik pada minit ke-12, ke-36 dan ke-42 perlawanan.

    JDT terus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas liga dengan 43 mata daripada 15 perlawanan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah